HAMPIR sepuluh tahun
disemadikan, kubur raja pop dunia, Michael Jackson yang terletak di tanah
perkuburan Forest Lawn di Los Angeles dilaporkan kosong.
Menurut
beberapa laporan media antarabangsa, pihak keluarga Michael memang sengaja
merahsiakan lokasi makam penyanyi lagu hit Beat It itu.
Ibunya,
Katherine Jackson, mendedahkan mayat Michael tidak ada di dalam keranda saat
dimakamkan pada tahun 2009.
Menurut
sumber yang memberitahu Radar Online, ramai menyangka jasad Michael dikebumikan
di Forest Lawn, namun sebenarnya tidak.
“Semua orang menyangka
Michael Jackson ditanam di Forest Lawn, tapi sebenarnya tidak.
“Keluarga
Micheal merahsiakan lokasi sebenar kubur atas alasan keselamatan selain untuk
mengabulkan permintaan Michael.
“Bagaimanapun,
Katherine sudah mendedahkan rahsia ini kepada beberapa teman rapatnya,” kata
sumber tersebut.
Menurut
sumber yang sama, tindakan Katherine itu adalah disebabkan kebimbangannya jika
mayat Michael dicuri.
“Keluarga Jackson
bertengkar selama berbulan-bulan kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan.
“Katherine
sangat paranoid dan ketakutan kalau ada orang akan mencuri jasad Michael,”
katanya lagi.
Terdengar
ura-ura mendakwa mayat Micheal telah dibakar manakala abunya dipercayai ditanam
di bawah pohon buah pear, yang dikenali sebagai Giving Tree di kediamannya di
California.
Namun
sehingga kini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak keluarga mengenai
berita ini.
Michael
Jackson disemadikan pada 7 Julai 2009 selepas ditemui tidak sedarkan diri dan
disahkan meninggal dunia akibat masalah kegagalan jantung lapor Mynewshub.cc.
0 comments:
Post a Comment