Sudah hampir dua minggu
berlalu, namun ia seakan-akan baru semalam terjadi. Siapa yang dapat lupakan
tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat
Ujung yang meragut 23 nyawa.
Meskipun kesemua suspek
sudah berada di bawah tahanan polis, tragedi ini masih menjadi perbualan
hangat. Keluarga suspek telah menjadi objek cemuhan masyarakat yang sering
mengatakan ibu bapa mereka ini tidak pandai mendidik anak.
Namun
tahukah anda akan isi hati keluarga suspek yang sebenar?
Menerusi
laporan The Malaysian Insight,
wanita berusia 60-an yang juga ibu kepada salah seorang suspek telah berkongsi
rasa akan apa yang dilaluinya setelah suspek ditahan polis baru-baru ini.
“Sebagai
seorang ibu, saya mahukan yang terbaik buat anak-anak saya… untuk dia juga
(suspek) yang merupakan anak bongsu dalam keluarga.”
Menurut
wanita tersebut, dia memahami akan kemarahan orang sekeliling ke atas anaknya
dan juga dirinya. Namun, dia berharap agar masyarakat cuba memahami akan
situasi yang sedang dilaluinya. Anak yang salah, kenapa ibu bapa pula yang dihukum?
“Orang
boleh cakap apa yang mereka mahu. Tapi mereka tak tahu yang apabila dia
(suspek) pulang lewat, sayalah yang keluar ke tengah jalan dan pergi
mencarinya.
“Mereka
tidak tahu yang saya juga periksa barang-barang miliknya dan lihat bawah
katilnya untuk periksa sama ada dia ada sorok apa-apa dari saya.”
Namun dia juga seperti ibu
bapa yang lain tidak boleh setiap masa memerhati akan gerak geri anak-anaknya.
Dia harus bekerja untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.
“Saya
dah tua, dan ia begitu payah untuk seorang ibu tunggal seperti saya mengawal
dia setiap masa,” tambahnya lagi.
Dia
yang juga seorang warganegara Indonesia sudah tinggal di negara ini sejak 40
tahun yang lalu. Ibu suspek berhenti menghantar anaknya ke sekolah sejak
beberapa tahun lepas kerana suspek enggan lagi kembali untuk belajar di sana.
Dia bersama empat orang
anaknya tinggal di Taman Datuk Keramat, tidak jauh dari tempat kejadian. Walau
bagaimanapun, ibu suspek enggan berbicara tentang anak-anaknya lain kepada
media.
Menurutnya,
bapa suspek yang bekerja sebagai pencuci tandas awam di belakang sekolah tahfiz
itu sudah meninggalkan keluarganya beberapa tahun lalu. Namun
apa yang menyedihkan, lelaki itu sudah dibuang kerja selepas tersebarnya berita
penangkapan anak lelakinya. Haih sudah jatuh ditimpa tangga…
Manakala
ibu suspek pula masih lagi bekerja sebagai pembantu di pasar dengan pendapatan
tidak menentu iaitu RM30 sehari.
Sebak dengan apa yang
menimpa kehidupannya, wanita tersebut mengaku dia pergi melawat suspek di balai
pada Khamis lepas.
“Sudah
semestinya dia menangis dan tidak mengaku terlibat dalam kebakaran di sekolah
tahfiz tersebut. Dia juga menolak tuduhan mengambil dadah.
“Saya
hanya beritahunya untuk bercakap yang benar kepada pihak polis dan jangan takut
kalau dia tidak buat apa-apa kesalahan,” kata
wanita tersebut.
Dalam pada itu, pihak
Bomba dan Penyelamat sudah menemui bukti yang menunjukkan remaja-remaja
tersebut terlibat dalam kebakaran di pusat tahfiz pada 14 September lepas.
Manakala pihak polis pula menyiasat kes ini sebagai kes bunuh.
“Saya
tidak akan beri macam-macam alasan berkenaan anak saya. Saya juga tahu akan
hukuman berat yang bakal dihadapinya jikalau dia terbukti bersalah.
“Sebagai
seorang ibu, saya hanya minta dia berkongsi segala informasi yang dia ada
kepada pihak polis. Jangan selindung apa-apa.
“Buat
masa ini saya hanya mampu berdoa supaya saya punya kekuatan untuk lalui semua
ini — takdir anak lelaki saya dan kemarahan masyarakat yang perlu saya lalui
setiap hari,” katanya lagi.
Janganlah
terlalu menyalahkan ibu bapa suspek. Bayangkan jikalau kita berada di tempat
mereka. Mesti sedih juga kan?
sumber
0 comments:
Post a Comment