Apa yang nak aku tuliskan ini, jadikan lah sebagai pengajaran
buat semua lelaki di luar sana yang bergelar suami. Kisah ini mungkin menyayat
hati bagi yang masih ada ‘hati’.
KAHWIN MUDA,
ISTERI CANTIK
Hari ni genap
67 hari arwah isteri aku meninggal. Dan selama 67 hari ini juga aku tak henti
henti menangis di atas pemergian isteri yang paling aku sayang. Bukan aku tak
redha, cuma aku rasa seperti tak lepas.
Seperti ada
sesuatu yg belum selesai antara kami. Dan malam ini, aku terjaga bukan kerana
tangisan baby yg minta disusukan, tapi kerana seakan terdengar dengar tangisan
arwah. Allahu..aku tak kuat.
Aku dah
berkahwin selama lebih kurg 3 tahun setengah dengan isteri. Kami kahwin muda.
Seawal usia aku 20, dan isteri 19. Di awal perkahwinan, semuanya indah belaka.
Aku sgt mencintai isteri sehingga langsung tak boleh berjauhan dengan nya.
Sampai kadang
kadang bila kena oustation, aku menangis rindukan dia pada waktu malam (aku
bekerja di company milik family, dan dia belajar di ipts dekat dgn rumah) .
Pergi ke mana saja, aku akan bawa dia bersama. Hatta keluar isi minyak atau
beli top up pun dia akan merengek nak ikut. Isteri aku mmg manja org nya dan
type of overly attached wife. Tapi aku tak rimas, malah aku suka.
Kami memang
sangat rapat. Tambahan pula kami bercinta lepas nikah. We explore everything
together. Bila dia cuti sem, aku akan bawa dia berjalan mana dia nak pergi.
Isteri aku cantik orgnya. Bukan aku puji sebab dia isteri aku, tetapi sebab
semua orang pun cakap perkara sama.
Bila keluar,
kalau isteri aku melaram mesti ada je mata yang duk pandang pandang. Memang aku
sakit hati, tapi aku pujuk diri dengan cakap takpelah, dia milik aku skrg.
Lagipun aku tahu isteri aku mmg jenis sangat tidak melayan.
Bercakap
dengan lelaki pun kurang. Dulu masa nak pikat hati dia pun ambil masa berbulan
baru dapat kenal. Dia seorang yang sopan, dan menutup aurat dengan sempurna.
Dari awal
kahwin, sehingga hampir setahun, aku rasa sangat senang dengan arwah. Kalau
boleh, aku nak ada dekat dengan dia je 24jam. Bila ada kerja luar, aku akan
settlekan cepat dan berkejar nak balik rumah.
AKU BERUBAH…
Namun bila
masa berlalu, tanpa aku sedar aku makin banyak berubah. Tanpa aku sedar, arwah
makan hati dalam diam. Aku makin jauh dengan dia. Aku sibuk dengan kerja luar,
sehingga aku rasa seronok berada di luar berbanding di rumah bersama isteri.
Kadang kadang, aku cari je apa yang boleh aku settlekan di luar rumah sebab aku
bosan stay dekat rumah.
Sepanjang
perkahwinan, mmg aku langsung tak pernah keluar kalau bukan bersama arwah. Apa
lagi nak lepak malam malam dengan kawan lama. Sampai laa suatu masa aku join
macam macam club kereta dan motor.
Makin banyak
alasan aku nak jumpa kawan itu dan kawan ini. Mula mula arwah diam , lama lama
dia mula merungut yang dia bosan di rumah kesorangan. Tapi aku tak peduli pun.
Kadang kadang dia menangis sebab kecil hati dengan aku. Tapi setiap kali dia
menangis bila bergaduh atau berkecil hati, aku tak pernah pedulikan dia. Sedar
sedar dia dah tertidur dengan air mata kat pipi.
Ye, aku tahu
aku suami yg jahat. Aku biasakan dia dengan layanan seperti seorang puteri,
kemudian aku ragut semuanya . Dari seorang suami yang cukup lembut, aku berubah
menjadi seperti seekor singa bila bergaduh.
Aku akan
ignore dia. Aku akan cakap kasar kasar dengan dia. Tangan aku mula pandai
sentuh badan dia (itu kalau dia yg mulakan dulu). Sampai kadang kadang aku rasa
mcm jodoh aku dengan dia dah takde.
Kami kerap
bertengkar. Dan kebanyakannya berpunca dari sikap dia yang terlalu kuat
cemburu. Tapi itu dulu, masa dia hidup. Bila dia dah pergi, baru aku sedar. Dia
bukannya cemburu buta tetapi dia mahu aku jadi suami yg soleh. Dia mahukan yg
terbaik untuk dunia dan akhirat aku. Allah, berdosanya aku.
AKU SUSAH
KAWAL PANDANGAN
Aku mengaku,
aku memang susah nak jaga mata. Bila keluar berdua, dan ada perempuan cantik yg
melintas depan kami mesti mata aku akan terpesona tgk kecantikan perempuan tu.
Padahal isteri aku ada kat sebelah. Dan isteri aku pun sangat cantik.
Tapi aku tak
pernah sedar semua tu. Bagi aku biasa lah tu lelaki mmg suka tgk perempuan
cantik. Aku tak tahu yang isteri aku sedih dengan sikap aku tu. Arwah selalu
tegur. Tapi aku buat tak tahu je. Sampai satu masa arwah dah tak tegur lagi,
mungkin dia dah penat dengan perkara sama. Aku memang tak tahu bersyukur. Aku
tak pernah rasa cukup dgn apa yg aku adaa. Sedangkan arwah dah cukup segalanya
To be honest,
aku juga sukar jaga mata dari pandang perkara haram. Kadang kadang aku terlajak
layan video porno. Tapi arwah tak pernah tahu. Sampai la satu hari masa dia
mengandung 3 bulan, aku kantoi. Masa tu dia sedih sgt, sampai dapat migrain dan
kena admit ward sebab pre eclampsia .
Aku risau sgt
pasal baby masa tu. Dan it was the last time aku tgk mende keji tu. Aku dah
bersumpah pada diri sendiri yg aku takkan tonton lagi umpan syaitan tu. Aku tak
tahu kenapa, isteri aku halal untuk aku datangi bila bila masa tetapi pelacur
di website itu juga yg aku nak tengok. Sedangkan t
Sedangkan tubuh isteri lebih cantik dari semua tu. Aku hina. Aku memang pendosa
Sedangkan tubuh isteri lebih cantik dari semua tu. Aku hina. Aku memang pendosa
Mulai hari
tu, aku tengok isteri rajin bangun solat malam. Aku tahu, dia mengadu kepada
Allah perihal aku. Aku tahu, dia bangun untuk doakan kebaikan bagi aku. Itupun
semua aku tahu lepas dia dah pergi. Lepas dia dah meninggal. Lepas dah terlewat
semua nya.
AKU KEMAS BEG ARWAH ISTERI, TERKEJUT JUMPA SESUATU
Seminggu lepas dia meninggal, aku kemas luggage pakaian dia. Dan aku terjumpa satu buku tebal. Aku ingatkan buku nota study dia. Rupanya dalam tu penuh catatan diari dia dari mula kahwin dengan aku sampai la hari terakhir sebelum di admit ward untuk give birth.
AKU KEMAS BEG ARWAH ISTERI, TERKEJUT JUMPA SESUATU
Seminggu lepas dia meninggal, aku kemas luggage pakaian dia. Dan aku terjumpa satu buku tebal. Aku ingatkan buku nota study dia. Rupanya dalam tu penuh catatan diari dia dari mula kahwin dengan aku sampai la hari terakhir sebelum di admit ward untuk give birth.
Aku baca
semua. Air mata aku tumpas. Akurasa masa tu aku nak pergi gali semulaa kubur
arwah aku nak peluk dia, aku nak cium dia, aku nak minta maaf aku nak minta
ampun. Aku banyak dosa dengan dia.
“Abang,
kenapa abg tengok semua tu. Sayang kan ada kalau abg berhajat? Mungkin sayang
tak mengiurkan macam pelakon pelakon dlm video lucah tu. Syg minta maaf kalau
syg tak pandai layan abg, sampai abg cari kepuasan melalui cara tu.
Ya allah, kau
berilah hidayah pada suami aku. Abang, semoga Allah pelihara abang dari
pandangan haram ye. Moga hati dan iman abg kuat ye. Takpe, syg tolong doakan
abang setiap malam dan di setiap sujud syg. ”
” Cemburunya
tengok abg duk pandang pandang perempuan tu tadi. Mmg la cantik. Tapi syg dah
usaha habis baik nk bagi cantik jugakk bila keluar dgn abg
Sehelai demi
sehelai lembaran tu aku belek. Dari sekecil kecil hingga ke sebesar besar hal
dia ceritakan semua dalam buku tu. Baru skrg aku sedar , aku kurang beri
perhatian pada dia selama ni. Dan ada satu luahan dalam buku tu ingatkan aku
pada satu detik masa awal kehamilan arwah.
“Abang abang!
Rasaa ni baby gerakk la! Aku emmm emm je. Mata asyik duk hadap hp. Bosan dgr
dia merengek, aku alih tangan letak atas perut dia. Tapi mata masih lekat di
skrin telefon. Dan segala kesedihan tu dia luahkan dalam buku tu. Memang aku
dengar dia menangis malam tu tapi aku tak peduli pun. Mmg aku tak pernah nak
pujuk kalau dia menangis. Apatah lagi nak tanya kenapa. Allahu.. kejam nya aku.
Aku tak pernah peduli apa dia rasa.
Banyak yg aku
baca dalam diari arwah. Patut laa dia dapat pre eclampsia (high blood prssure
during pregnancy) . Padahal umur baru setahun jagung dan ini first baby.
Rupanya banyak yg dia stress dan fikir pasal aku. Selama ni tanpa aku sedar,
dia byk hide semua post di fb yg nengandungi unsur tak baik atau gmbr perempuan
seksi. Betapa dia nak jaga dan nak bantu aku jadi baik.
Jahatnya aku.
Memang aku tak pernah ada perempuan lain. Tapi aku seksa perasaan dan emosi
dia. Dari apa yg aku baca, dia seolah menjadi sgt paranoid, memikirkan apa yg
aku lihat di hp berkait dengan perempuan seksi, perempuan lain, atau tidak. Aku
tak salahkan dia. Ini semua salah aku. Aku tak pernah fikir perasaan dia. Aku
anggap semua remeh, semua kecil. Sedangkan dia menanggung derita yg besar.
Aku ingat
lagi beberapa hari sebelum dia admit ward utk bersalin. Sewaktu dia nak turun
beli makanan, dia sempat bergurau. Abang, rindu laa nak dengar abang ckp “awak
jalan elok2 tau. Kalau ada org kacau, jerit nama abg kuat2”. Mmg dulu aku
sangat lembut dan romantik dgn dia. Tapi aku xtahu mana semua tu pergi. Bukan
arwah tak pernah cakap yg dia rindu aku yang dulu. Tapi aku tak pernah peduli.
Sekarang,
semua dah takde. Yang tinggal hanya kenangan. Kenangan yang tak boleh
mengembalikan apa apa. Dan arwah tinggalkan aku bersama zuriat kami. Nur amsya
imani. Wajah iras sangat dengan arwah. Setiap kali aku pandang wajah anak
syurga ini, setiap kali tu wajah arwah terbayang di mata. Allah..macam mana aku
nak lalui hari hari mendatang.
AKU HILANG
ISTERI SOLEHAH
Sungguh, aku
sunyi. Dan sekarang baru aku faham erti sunyi yg isteri aku cakapkan selama ni
bila stay dekat rumah sorang diri. Patut laa selama ni dia tak pernah tidur,
dan tunggu aku balik walaupun tengah malam. Rupanya dia tak dapat tidur bila
aku takde kat sblh
Aku dah
hilang segalanya. Aku dah hilang isteri solehah yg sentiasa doakan kebaikan
aku. aku dah hilang isteri yg selama ni jadi penguat aku. Abang rinduu nak naik
motor dengan awak, sayang.. mcm awal kahwin dulu.
Pukul 1 pagi
awak ajak round taman. Abang rinduu nak gurau dengan awak. Balik laa sayangg..
abg janji abg tak keluar dengan kawan dah. Abang janji abang tak hadap hp 24jam
dah. Abang janji abg xpandang perempuan lain dah. Abang janji :(.
Menangis lah
air mata darah pun. Arwah takkan kembali. Aku takde apa nak pesan banyak
banyak. Tapi ambil laa kisah aku sebagai pengajaran. Tolong laa ambil sebagai
pengajaran. Jangan sampai semua terlambat, baru kau nak menyesal. Aku menyesal.
Menyesal. Menyesal………………………………..
0 comments:
Post a Comment