Dikatakan
bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti
memelihara sekandang babi. Jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang
panjang, bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi
tersebut. Potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan ada niat simpan kuku
panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam
adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan
tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku
panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab
diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan
makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll.
Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Percayalah.
Pasal tabiat berkuku panjang
inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu
yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang
berkuku panjang.
Untuk yang bujang beringatlah.
Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata,
pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Maklumat
Tambahan
Kuku panjang mempunyai sejenis
kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut
tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu,
sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri
Nasihat Nabi Muhammad Saw.
kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda
kesayangan Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang
kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara
berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut
a.s.
Perhatian: Cara memakai cincin
adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila
nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah
yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita
mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai
cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang sahaja kita dapat pahala.
Sumber : mr-tazkirah.blogspot
via LimauManis.com
0 comments:
Post a Comment