Tuesday, September 19, 2017

Filled Under:

Rakyat Malaysia memang rajin bersedekah, tapi...


Rakyat Malaysia memang rajin bersedekah, tapi...

SHAH ALAM - Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa konsisten ketika bersedekah bagi mengelakkan pertindihan dan pembaziran berlaku.

Pengerusi Cham Care Group, Razali Datuk Rahmat berkata pertubuhannya sudah lama melihat perkara ini berlaku dalam pengalamannya selama 10 tahun. 

"Rakyat Malaysia memang raji bersedekah, tapi mereka tidak konsisten dan hanya bermusim, contohnya musim perayaan seperti Raya Haji dan Raya Puasa.


"Selain itu, oleh kerana tiada konsistensi dan koordinasi yang betul maka kita akan lihat banyak pembaziran yang berlaku hingga tidak mencapai matlamat sedekah itu.

"Contohnya, sebuah kampung itu hanya memadai dua ekor lembu korban sahaja namun akibat tiada koordinasi, dilambakkan hingga 10 ekor lembu membuatkan kampung tersebut berlebihan makanan," kataya ketika Majlis Penyerahan Sumbangan untuk Tabung Khas Sinar4Rohingya di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Dalam majlis tersebut, pertubuhan ini menyumbangkan sejumlah wang, RM5, 000.
Sementara itu, beliau turut memuji Sinar4Rohingya ini kerana baginya, sistem bantuan ini lebih tersusun.

"Melalui Sinar4Rohingya, kita boleh menyumbang dari segi masa panjang, ini kerana bila dah jumpa NGO-NGO lain, maka misi lebih besar dapat dibuat.

"Walaupun kami ini dari segi kewangan tidak dapat membantu banyak tetapi kami percaya boleh menyumbang dari segi masa, kepakaran, tenaga dan lain-lain," katanya lagi.

Sumber Sinar






0 comments:

Post a Comment