Tuesday, September 19, 2017

Filled Under:

Benarkah Jalan Jeniang-Sik Kedah Dikatakan Berhantu?



Jalan ini dikatakan sering mengusik dan ramai orang yang sudah terkena dengannya. Menurut penduduk punca jalan ini hangat ataupun seram disebabkan oleh berlakunya kemalangan maut yang melibatkan seorang perempuan yang telah digilis oleh sebuah lori semasa hendak melintas jalan di sebuah simpang di jalan Jeniang-Sik. Rupa kelibat tersebut amat menyeramkan kerana dikatakan kepalanya hancur dan bajunya dilumuri oleh darah.

Kebenaran jalan cerita ini hanya orang-orang yang mengalaminya sahaja yang mengetahuinya. Pada kali ini orangkedah.com akan menceritakan pengalaman-pengalaman mangsa yang pernah melalui jalan Jeniang-Sik Kedah ini. Pada kebiasaannya mangsa yang terkena bukan daripada penduduk di sekitar kawasan tersebut. Cerita ini sudah agak popular dalam kalangan masyarakat di Kedah. Namun tidak salah jika orangkedah.com mengingatkan kembali peristiwa tersebut supaya masyarakat lebih berhati-hati dan sentiasa beringat selalu.



Kisah bermula apabila pada suatu malam terdapat sekumpulan pelajar kolej yang baru selesai mendaftar kolej di Alor Setar Kedah. Pada malam itu mereka telah membuat keputusan untuk pulang ke Kelantan semula kerana kelas belum bermula pada minggu tersebut. Mereka mengambil keputusan untuk bertolak kira-kira jam 12 tengah malam kerana akan selamat sampai pada keesokan harinya, lagipun pada waktu itu jalan tidak akan sesak.

Nak dijadikan cerita rakan mereka yang memandu kereta pada malam tersebut telah tersalah jalan dan pada waktu itu semua rakan-rakan mereka sudah hampir terlelap. Suasana pada ketika itu sungguh menyeramkan kerana tiada kereta yang lalu lalang dan sebuah rumah pun tidak kelihatan di tepi-tepi jalan tersebut. Pelik. Pada waktu itu semua mereka sudah bangun dan masing-masing tidak tahu mereka ada di mana. Sepatutnya mereka sudah berada di jalan Baling setelah masuk ke satu simpang itu. Namun simpang tersebut tidak kelihatan.

Disebabkan tidak jumpa simpang yang dicari akhirnya mereka membuat keputusan untuk berpatah balik. Namun, hampir 50km berjalan mereka masih sesat dan tidak tahu ke mana harus dituju. Stereng bertukar tangan apabila rakannya yang memandu tersebut berasa lain macam sahaja. Akhirnya, jumpa juga simpang yang di cari-cari itu. Pada masa itu hujan turun dengan renyai-renyai dan secara tiba-tiba munculnya kelibat putih di hadapan keretanya. Secara mengejut rakannya itu menekan break dan pranggg habis hancur bonet kereta kerana terempuh kelibat putih tersebut.
Muka rakanya yang memandu kereta itu sudah cuak semacam dah kerena takut terlanggar manusia, namun setelah keluar daripada kereta mereka semua berasa pelik kerana tiada sesiapa atau apa-apa pun yang berada di situ tetapi kereta remuk teruk di bahagian hadapan. Perjalanan mereka diteruskan juga kerana enjin masih hidup hanya lampu sahaja yang pecah tetapi mentolnya masih ada. Sampai di satu tempat diorang mengambil keputusan untuk berehat, namun sepanjang perjalanan mereka merasakan ada sesuatu yang mengekori mereka.

Semasa kesemua mereka ingin melelapkan mata di tempat berehat itu, salah seorang rakan mereka menjerit kerana kereta bergerak sendiri menuju ke arah gaung tetapi pada waktu itu lampu masih tidak terpasang, gear masih free, handbreak masih tak turun. Kesemua mereka panik dan nasib baik rakan mereka yang memandu kereta tersebut berjaya mengawal balik kereta itu. Perjalanan diteruskan sehingga sampai ke rumah masing-masing. Begitulah sedikit sebanyak pengalaman semasa melalui jalan tersebut. Apa yang dapat diperoleh daripada cerita ini ialah hati-hati di jalan raya dan sentiasa berwaspada sesama manusia ataupun makhluk-makhluk ghaib yang kita tidak nampak oleh mata kasar.

Sumber Orang Kedah




0 comments:

Post a Comment