Pemandu Korban 4 Nyawa Sekeluarga, Ada 18 Saman
PEMANDU treler beras yang
terlibat dalam nahas mengorbankan empat sekeluarga di Kilometer 52 Gua
Musang-Kuala Krai, Kelantan semalam, dilaporkan memiliki 18 rekod kesalahan
lalu lintas.
Timbalan Ketua
Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintenden Abdullah Daud
berkata berdasarkan pemeriksaan dibuat, kesalahan trafik itu telah
diperoleh oleh pemandu berkenaan sejak beberapa tahun lalu.
Bagaimanapun,
pemandu tersebut dibebaskan pada hari ini dengan seorang penjamin sejurus
keterangannya diambil pihak penyiasat di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Gua
Musang.
“Kita juga jalan ujian air kencing terhadap pemandu itu dan dapati
negatif. Dia ditahan semalaman di IPD dan dibebas dengan seorang penjamin
selepas keterangan diambil,” ujarnya dipetik Harian Metro.
Dalam kejadian
sekitar jam 8 pagi semalam, empat sekeluarga maut apabila kereta dinaiki mereka
bertembung sebuah treler ketika dalam perjalanan di laluan Gua Musang-Kuala
Krai.
Difahamkan,
keluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke Kampung Tok Derpah, Tok Sangkut,
Pasir Mas atas tujuan berpantang.
Insiden
tersebut mengorbankan Zainuddin Anuar, 30; isteri, Raizuamira Daud, 31; anak
sulung mereka, Nur Annisa Sofea, 2, dan bayi lelaki 13 hari, Zayyan
Nazreel.
Berdasarkan
siasatan, Abdullah memberitahu, kemalangan itu berpunca daripada treler yang
dikatakan hilang kawalan kemudiannya memasuki laluan bertentangan dan merempuh
kereta mangsa.
“Akibat kemalangan itu kereta dinaiki sekeluarga itu terperosok di
bawah treler. Keadaan itu mengakibatkan semua mangsa tersepit dan maut di
tempat kejadian,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura
0 comments:
Post a Comment