JOHANNESBURG – Ntando Thembalethu
Mankungwini, seorang pemuda berumur 23 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 bulan
kerana melakukan persetubuhan dengan seekor keldai.
Media Afrika
Selatan melaporkan Lembaga Pendakwaan Kebangsaan (NPA) menyambut baik sabitan
kesalahan jijik serangan seksual tersebut yang mungkin menyebabkan mamalia itu
trauma akibat diperkosa oleh spesies lain.
Mankungwini
dinyatakan sebagai bersalah dan dijatuhi hukuman dalam perbicaraan yang
mendapat liputan luas media dan berlangsung di Mahkamah Tinggi Mount Fletcher,
Wilayah Eastern Cape dekat sini pada Khamis lalu.
Di mahkamah
tersebut, tertuduh malahan dilaporkan membuat dalih lucu dan jelas tidak masuk
akal apabila mendakwa bahawa dia terpaksa berjimak dengan keldai sebagai
sebahagian daripada perubatan tradisional.
Laman berita
tempatan News24 mendedahkan,
pemuda berkenaan mengaku percaya bahawa dengan menyetubuhi keldai betina
itu, Mankungwini bakal tumbuh sihat menjadi seorang lelaki yang lebih kuat
dari segi zahir dan batin.
Dalam
satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak NPA, dilaporkan pemuda tersebut pada
mulanya datang melintasi sekelompok keldai, sebelum membawa lari dua ekor
haiwan berkenaan ke sebuah daerah terpencil.
Di lokasi
tersembunyi itulah Mankungwini melakukan hubungan seks terkutuk dengan salah
seekor keldai. Peristiwa itu terjadi di kampung Moreneng, mukim Chevy Chase, di
pinggiran wilayah Eastern Cape.
Mankungwini
bagaimanapun berjaya ditangkap oleh cucu pemilik keldai itu sendiri, yang
secara kebetulan datang terserempak dia sedang mencuri dua haiwan berkenaan
sebelum melaporkan kepada pihak polis tempatan.
Tindakan pantas
si cucu itu menyelamatkan nyawa Mankungwini daripada dibelasah oleh penduduk
kampung yang lazimnya tidak dapat menerima jenayah seksual sedemikian. –
Agensi/Mynewshub.cc/HAA
0 comments:
Post a Comment