KAJANG – Empat remaja lelaki
berjaya melarikan tabung derma di Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, di sini
dengan memutuskan rantai besi menggunakan alat pemotong yang dibawa suspek.
Kumpulan empat
‘toyol’ berkenaan dipercayai terpaksa berbuat sedemikian selepas usaha gigih
mereka ‘memancing’ wang dalam tabung tersebut sebelum ini sering menemui
kegagalan.
Bagaimanapun,
kegiatan jenayah suspek terbabit berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup
(CCTV) yang dipasang di sekitar masjid berkenaan.
Menurut nazir
masjid, Mohd. Nasri Abdul Hamid, pada mulanya suspek dikesan cuba ‘memancing’
tabung tersebut menggunakan tali dan pita pelekat.
Malangnya,
usaha tersebut gagal kerana lubang pada tabung berkenaan telah dikecilkan oleh
pihak pengurusan masjid bagi mengekang jenayah.
Tambahnya lagi,
ekoran berang dengan kegagalan itu suspek dilihat beredar sebelum kembali
semula ke masjid tersebut dengan membawa alat pemotong besi.
Berdasarkan
rakaman CCTV, suspek menggunakan peralatan itu untuk memotong rantai besi yang
mengikat tabung berkenaan pada tiang masjid sebelum melarikannya menggunakan
motosikal.
“Berdasarkan rakaman CCTV, suspek kerap cuba mencuri duit derma
itu. Disebabkan itu, pengurusan masjid mengecilkan lubang tabung itu.
“Tidak sangka mereka langsung melarikan tabung itu yang bakal
dibelanjakan untuk pembinaan surau berdekatan,” katanya dilapor Harian
Metro. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura
0 comments:
Post a Comment