KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Semua
24 mayat yang ditemui di tingkat paling atas pusat tahfiz Darul Quran
Ittifaqiyah yang terbakar pagi ini dalam keadaan rentung dan bertindih antara
sama lain.
Ketua Polis
Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pusat tersebut hanya
mempunyai satu pintu keluar masuk dan menyebabkan sebahagian penghuni
terperangkap serta gagal menyelamatkan diri.
Amar Singh
juga berkata, mayat ditemui di dua kawasan berasingan di tingkat yang
menempatkan 36 pelajar, di bangunan tiga tingkat itu.
"Siasatan mendapati keadaan 24 mayat rentung dan bertindih antara satu
sama lain akibat kebakaran itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau
lokasi kejadian pagi ini.
Keadaan
tingkap di madrasah berkenaan juga tidak mempunyai aspek keselamatan yang
membolehkan ia digunakan untuk kecemasan.
Kebakaran
dipercayai bermula di bahagian pintu masuk tersebut.
Amar Singh
berkata seramai 14 pelajar dan empat guru yang sama menghuni di pusat
berkenaan terselamat dalam kejadian itu.
Kesemua
pelajar lelaki itu berumur antara 13 hingga 17 tahun.
Katanya
daripada 14 yang diselamatkan, enam mengalami kecederaan kritikal dan telah
dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.
Semua mayat
akan dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara untuk tujuan pengecaman
oleh anggota keluarga dan bedah siasat.
Katanya polis
juga sedang menyiasat dakwaan pusat tahfiz tersebut beroperasi tanpa permit.
Pusat tahfiz
itu mempunyai 36 pelajar dan enam guru yang menginap di pusat tahfiz berkenaan.
Seramai 22
pelajar dan dua warden maut dalam kebakaran di pusat tahfiz itu di Jalan
Keramat Ujung, di sini, pada 5.15 pagi tadi.– Bernama
0 comments:
Post a Comment