‘Kami tidak dapat masuk kerana api, asap tebal’
KUALA LUMPUR - "Api terlalu marak dan asap tebal, kami tidak boleh masuk," kata salah seorang saksi yang berada di lokasi kejadian.
Dalam
kejadian itu, seramai 22 pelajar dan dua warden dilaporkan maut dalam kebakaran
di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal
pagi tadi.
Ahmad Billien
Zakaria, 34, berkata, dia dimaklumkan kejadian oleh kakaknya yang menelefonnya
kira-kira jam 5.15 pagi.
"Kakak telefon saya beritahu ada kebakaran di pusat tahfiz di sini. Saya
terus bangun dari tidur menuju ke tempat kejadian.
"Sampai
di sini, lihat memang dah ramai penduduk dan pemuda datang berkumpul untuk cuba
menolong, tapi kami tidak dapat berbuat apa sebab api dan asap tebal,"
katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Menurutnya,
bomba kemudian mengarahkan kami untuk tidak masuk ke dalam pusat tahfiz
terbabit atas faktor keselamatan.
Katanya,
ketika itu, ada antara kami yang cedera ketika cuba memberikan pertolongan.
"Apa
yang saya dimaklumkan, sebelum saya sampai, ada saksi beritahu mendengar
jeritan meminta tolong," katanya.
0 comments:
Post a Comment