Bayangkan betapa
murahnya jika anda dapat satu pinggan dipenuhi 45 ekor udang celup tepung
dengan harga RM10 sahaja. Bukan sahaja murah, udang yang dijual juga dikatakan
segar dan terjual hampir satu tan sehari lebih-lebih jika ada cuti umum.
Pemilik kedai makan Trizai,
Zainab Mohamed, 26 tahun, berkata bahawa kedai makan yang diusahakan selama
lima tahun bersama suaminya, Mohd Fitri Md Yusof, 31 tahun, tular di laman
sosial baru-baru ini akibat penangan udang 45 ekor berharga RM10 yang dijual
olehnya.
“Ia mula ditularkan oleh
pelanggan selepas saya memasang papan iklan mengenai harga murah udang celup
tepung dan ikan selayang celup tepung,” kata pemilik kedai yang terletak di
Penarik, dekat Permaisuri, Terengganu itu.
“Sebelum ini, udang celup
tepung bersaiz kecil dijual dengan harga RM10 untuk 30 ekor tetapi kini saya
menambahnya kepada 45 ekor pada harga sama,” jelasnya.
“Ikan selayang celup tepung
pula dijual dengan harga RM1.90 seekor berbanding sebelum ini dijual pada harga
RM3 seekor,” tambahnya sambil memberitahu mereka turut menyediakan minuman
percuma seperti teh o ais dan air sirap kepada pelanggan mereka.
Justeru itu, Zainab mula
menambah bilangan pekerja bagi memudahkan operasi kedai berjalan lancar setelah
kedai makannya ‘diserbu’ orang ramai baru-baru ini.
Berikutan itu, dia
menyediakan bekalan udang segar sebanyak tiga tan untuk empat hari namun ia
habis dalam tempoh tiga hari semasa cuti perayaan pada minggu lepas.
“Kami dapat menjual dengan
harga murah untuk menarik pelanggan kerana mudah mendapat bekalan udang segar
dari pembekal iaitu bapa mentua saya sendiri (Md Yusuf Embong) yang diperoleh
dari ladang ternak udang Kampung Nyatoh,” sambungnya sebelum mengakhiri
perbualan.
Dengan harga yang murah dan
kualiti makanan yang elok, tidak hairan kedai ini mendapat sambutan hangat dari
dalam Terengganu dan ada juga sanggup datang dari Kuala Lumpur untuk makan
udang 45 ekor RM10 ini sambil bercuti di Terengganu.
0 comments:
Post a Comment