Wednesday, September 27, 2017

Filled Under:

Cara-cara Menghilangkan Karang Pada Gigi Tanpa Pergi Berjumpa Doktor…



Apa petua atau tips hilangkan karang gigi yang boleh kita praktikkan? Tahukah anda apa itu Karang Gigi? Karang gigi adalah mineral deposit berwarna kuning atau coklat yang melekat pada gigi kita dan boleh menyebabkan gigi rosak bila dibiarkan begitu sahaja dan tidak dibuang atau dibersihkan. Untuk menghilangkan karang gigi, biasanya kita akan pergi berjumpa dengan doktor, tetapi sebenarnya kita juga boleh melakukannya sendiri.
Petua Tips Hilangkan Karang Gigi BerkesanOleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda tips menyingkirkan karang gigi dengan berkesan yang boleh anda praktikan sendiri di rumah. Terlebih dahulu anda kena sediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti yang disenaraikan di bawah ini:
Air
Berus gigiSerbuk soda
Hidrogen peroksida
Garam
Dental pick
Antiseptik pencuci mulut
Prosedur Dan Cara Menghilangkan Karang Gigi :
1.Campurkan satu cawan hidrogen peroksida dengan 1/2 cawan air panas, lalu berkumurlah dengan campuran itu selama lebih kurang satu minit. Kemudian buang dan basuh dengan 1/2 cawan air sejuk.
2.Bahan paling biasa digunakan dan berkesan untuk menyingkirkan karang gigi ialah baking soda. Campurkan sesudu baking soda dengan 1/2 sudu teh garam dalam cawan.Kemudian, rendamkan berus gigi dalam air panas dan celupkan dalam campuran tadi.
3.Mulakan memberus gigi anda dengan menggunakan campuran bahan tadi dan teruskan selama 5 minit.
4.Kemudian cuci mulut anda dengan menggunakan pencuci mulut antiseptik.
5.Lepas itu, gunakan dental pick untuk bersihkan karang pada gigi anda. Sila lakukan dengan cermat supaya tidak mengikis dan menyebabkan kerosakan pada gusi anda pula.
Itulah petua dan tips hilangkan karang gigi yang anda boleh buat sendiri di rumah jika malas berjumpa dengan doktor gigi (dentist). Walaubagaimanapun, kena ingat bahawa cara ini walaupun berkesan tapi tidaklah sepantas yang dilakukan oleh doktor. Anda juga boleh tengok tips memutihkan gigi kuning dan juga cara meredakan sakit ulser mulut jika berminat.
SUMBER






0 comments:

Post a Comment