Satu kajian dari
Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet
cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk. Makanan seperti
ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disimpan di situ
dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet…
Orang
yang memakannya mungkin mengidap kanser. Kanser sel terjadi apabila satu sel
yang aktif mula merebak secara senyap tanpa disedari. Bagaikan bom jangka, ia
hanya disedari setelah tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan
perubahan pada dirinya seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta
kurang selera makan.
Pada
peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima rawatan. Yang ada hanya rawatan
kemoterapi yang menyakitkan sehingga rambut pesakit habis gugur. Kadang-kadang
rawatan kemoterapi ini pun belum tentu dapat menyembuhkan.
Yang
paling menyakitkan ialah apabila air tulang sumsum diambil. Pesakit kanser yang
sering membuat rawatan kemoterapi akan sampai ke satu tahap bila dia berputus
asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi. Kita harus sering
membuat pemeriksaan awal bagi mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema.
Pemeriksaan keseluruhan kesihatan dibuat menerusi ujian darah. Sel kanser yang
baru mula aktif, insyaAllah dapat dikesan…
Pada
peringkat awal ini, rawatan dapat menghapuskan sel yang aktif ini. Jangan fikir
penyakit ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha
menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah. Jika umat Islam sihat, agama
Islam turut kuat.
Jika
umat Islam lemah, musuh Islam akan menang. Kajian oleh Penyelidik Universiti
Princeton Selama beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan
tikus. Kumpulan pertama diberikan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tanpa
magnet.
Kumpulan
kedua makan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang dihiasi beberapa
magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu…
Tujuan
kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pancaran sinaran elektromagnet yang
keluar dari magnet hiasan di pintu itu boleh mempengaruhi sumber makanan. Hasil
kajian klinikal menunjukkan kumpulan tikus yang makan makanan dicemari sinaran
electromagnet mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% mengidap kanser berbanding
kumpulan tikus yang lain.
Kerajaan,
persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh memberi kenyataan berkaitan
dengan hal ini kerana masih berada dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya
dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya ditanggalkan magnet hiasan itu dari
peti sejuk anda anda dan meletakkannya jauh dari makanan. Mencegah lebih baik
dari merawat…
Aqidah
tentang kuasa magnet. Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan datang
dari Allah SWT. Hanya kelemahan datang dari diri kita. Magnet adalah zat yang
bersifat nafsiah. Kuasa pancaran bersifat ma’niyah. Bukan kuasa magnet yang
boleh menyebabkan kanser. Semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT
jua….
sumber
beritanova
0 comments:
Post a Comment