Sunday, September 17, 2017

Filled Under:

Bina titi selamatkan kucing





ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membina titi tiga meter bagi menghubungkan jeriji dapur dengan koridor di pangsapuri di Damansara Damai untuk menyelamatkan kucing, hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Rosdi Hainan berkata, kucing terbabit dipercayai terperangkap kira-kira lima hari di dapur pangsapuri di tingkat lima selepas penghuninya pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.
Menurutnya, kejadian itu disedari jiran apabila terdengar bunyi kucing dan segera menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.
"Di lokasi kejadian, kami cuba gunakan tangga tetapi tidak sesuai. Saya kemudian turun ke bawah, mencari beberapa kayu dan sambungkan seperti jambatan untuk menghubungkan koridor pangsapuri dengan jeriji di dapur.
"Pada mulanya, apabila dipanggil, kucing itu tidak mahu keluar mungkin kerana takut dengan kehadiran kami dan kami gunakan anaknya sebagai umpan. Kami umpan anaknya di hujung koridor dan kucing itu perlahan-lahan meniti titi menuju ke arah anaknya," katanya.
Katanya, menurut penduduk pangsapuri, kucing itu sering berkeliaran dan mungkin penghuni rumah tidak sedar dengan kehadiran haiwan itu di rumahnya.
"Operasi menyelamatkan kucing itu membabitkan tujuh anggota dan mengambil masa kira-kira sejam. Kucing itu diserahkan kepada pemiliknya," katanya yang menerima panggilan kecemasan pada 11.29 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Jun 2017 
hmetro






0 comments:

Post a Comment