ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Nilai sanggup masuk dalam longkang
sedalam lima meter untuk menyelamatkan seekor anak kucing yang terjatuh di
Jalan 1/7B Dataran Nilai, Nilai, pagi ini.
Ketua operasi, Mohd Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan
daripada seorang wanita berusia 43 tahun yang menemui anak kucing itu selepas
mendengar bunyi mengiau pada 10.58 pagi.
Menurutnya, seramai 10 anggota termasuk Perkhidmatan Bantuan Kecemasan
Perubatan (EMRS) ke lokasi sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamatkan
haiwan berkenaan.
"Anggota masuk ke dalam longkang sedalam lima meter dan berjaya
mengeluarkan anak kucing betina yang terperangkap itu.
"Kami memberikan rawatan awal dengan merawat luka di muka dan badan
serta membersihkan bulu. Anak kucing itu dipercayai terjatuh dan terperangkap
di dalam longkang selama dua hari," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kucing itu diserahkan kepada pengadu.
Artikel ini disiarkan pada :
Ahad, 13 Ogos 2017
hmetro
0 comments:
Post a Comment