Dimulakan cerita masa tu umur
sy baru 17 tahun.. Sy kongsi kisah kehidupan sy memang susah.. Mak ayah sy
becerai berai ayah kawin baru langsuang tak bagi nafkah.. Masa tu sy tinggal
bersama ibu sy dan seorang adik lelaki sy.. Mak sy juga telah berkahwin lain..
Tapi kehidupan kami memang susah lepas spm sy kepingin sangat
bekerja.. Tetapi masa tu sy cuma ada surat beranak kat mana mana pun tak terima
untuk bekerja sebab ayah dan ibu taknak urus taraf kewarganegaraan sy alasan
sibuk sebab urus rumah tangga masing2x.. Sy memang susah masa tu begerak ke
mana pun susah..
Suatu hari ayah tiri sy kenalkan sy dengan kawan dia.. Duda anak
1 katanya.. pertama sy anggap dia abg sy dia kehidupan senang.. Sumpah sy cakap
sejak kenal dia sy anggap dialah ayah sy dia urus sy sy sayang dia.. Masa umur
sy 17 dia dah 27.. Dia banyak tolong sy tolong keluarga sy dia baik penyayang..
Dia seorang yg hidup senang.. Sy pun sayang anak dia.. Sy tak tahu sebalik
kebaikannya dia menyimpan sebuah hajat ingin memperisterikan sy untuk menjaga
anak dia.. Tahu tak setahun lebih sy hidup dengan dia dia tunjuk rumah dia dia
tunjuk anak dia sy tak betul betul jadi buta masa tu lagi lagi sy betul betul
jatuh cinta sebab dia baik pada sy.. Sejak tu sy senang.. Setahun lebih sy
hidup dengan dia sampai satu tahap dibuai cinta dan sy terlanjur dengan dia..
Dialah orang pertama yg sentuh sy..
Dia cakap dia janji akan menjadikan sy isteri dia walau apapun
terjadi..
Masuk tahun ke 2 sy mengenalinya banyak benda pelik terjadi.. Sy
tak pasti dia jarang bersama sy.. Dia jarang angkat coll sy.. Masa tu allah uji
sy.. Sy mengandung.. Sy rasa bahagia sangat kerana sy bakal menjadi seorang ibu
untuk pertama kalinya dan anak sy tu bakal jadi anak ke 2 pada suami orang tu..
Saya gembira sangat.. Tak sabar untuk beritahu lelaki tu yg sy mengandung..
Sy cuba coll dia untuk membagitahu berita gembira tu.. tiba tiba
dalam talian suara wanita menjawab..
“Ya awak siapa??”
” Sy …… sy cari si ….. ini siapa yah??”
” Owhh sy isteri muda dia.. Suami sy tengah tidur ni..”
Berderai air mata sy .. Sy nangis sangat.. Masa tu sy masih
muda.. 19 tahun.. Sy dah lalui ujian macam tu.. Sy nak gila 2 tahun sy
mengenali dia.. Sy tak sangka dia berjaya menipu sy hidup hidup..Dia sebenarnya
bukan duda.. Dia mempunyai 2 orang isteri.. Yg pertama warga indonesia yg ke
dua orang johor.. Masing masing mempunyai anak 1..
Sy sedih sangat tak tahu macam mana meneruskan kehidupan sy.. Sy
dalah tak da ic tak boleh kerja.. Sy akhirnya sanggup menjadi isteri ke 3 pada
lelaki tu sebab sy dah terlanjur sy dah mengandung sy kesian pada anak yg sy
kandungankan harus terpisah dari ayah dia.. Tak apa sy rela dimadukan. Lagipun
lelaki tu mampu..
Selepas kantoi dia pujuk sy dia rayu rayu sy macam macam.. Sy
tak boleh buat apa2x sebab sy terlanjur sy dah mengandung.. Tapi sy tak
beritahu..Sy cuma tanya dia
“Kalau sy mengandung awak nak buat apa??”
Dia jawab dia akan gugurkan dulu anak tu sebab dia tak nak ada
anak luar nikah.. Dari isteri pertama dan ke 2 anak anak dia berbinkan nama
dia..Dia taknak ada anak luar nikah nanti dia malu.. Sy lebih terkilan masa
tu.. Sy tak dapat berbuat apa apa.. Sy hanya mampu berdiam.. Sy kesian pada
anak dalam kandungan sy.. Sy takut dia gugurkan anak tu dan sy ambil keputusan
untuk merahsiakan pekara itu dari dia.. Sy terpinga pinga tak tahu arah tujuh..
Akhirnya sy membuat keputusan untuk terus membesarkan kandungan sy sendiri dan
melahirkan dia dengan sempurna.. Sy tahu sy tak mampu dan sy dah bernazar bila
lahir anak tu sy berikan pada sahabat sy yg dah berumahtangga yg belum
mempunyai anak.. Sy tak kisah tak dapat merasa membelai seorang anak tu macam
mana janji anak tu lahir dari rahim sy..
Dua bulan sy tak jumpa dia (Suami orang tu) sy tak coll dia dia
coll sy tak jawab.. Satu hari dia datang rumah.. Sy tekejut sangat dengan
kehadiran dia.. Dia cari sy dia cakap dia rindu.. Sy bawa dia masuk rumah sy
buatkan air.. Tiba tiba sekali lagi sy terkejut apabila lelaki tu memegang
sesuatu benda dan diperhatikanya elok elok (pregnent test)
Dia mood marah.. Dia tanya sy ” Apa ni?? Awak mengandung ke??
Anak sape?? Dua bulan awak tak dengan sy tak jawab coll sy ini ke awak sorok??
Anak jantan mana awak mengandungkan ni hahh??”
Masa tu sy ingat lagi sy menangis sy sujud merayu rayu dekat
kaki dia.. Terlebih dahulu sy minta maaf.. sy cakap sy mengandung dah 3 bulan
dan anak tu anak dia.. Sy merayu pada dia sy nangis sekuat hati sy memohon
untuk dikasihani sy memohon agar anak tu tidak digugurkan.. Sy tak kisah kalau
dia tak ingin jadikan sy isteri ke 3 janganlah gugurkan anak kami..
Masa tu sy ingat dia cakap apa.. Dia sudi terima anak tu.. Dia
janji akan nikahi sy dalam masa terdekat.. tak payah sanding pun sy tak kisah
janji sy jadi isteri dia.. Sy ingat bertapa bahagianya sy masa tu sy akan
menjadi isteri ke 3 akan mempunyai kakak kakak (madu) tempat sy menumpang
kasih..
Disitulah bermula detik kebahagiaan sy.. Banyak yg sy angankan
untuk masa depan anak dalam kandungan sy.. Tak kisahlah dia banyak adik beradik
tiri sy harap mereka saling mengasihi.. Sy siap belikan lagi anak dalam
kandungan sy baju2x baby sy tak sabar untuk menjadi ibu.. Sy belikan baju baby
girl gaun2x pink sebab firasat sy anak tu anak perempuan.. Malam malam sy
bermain dengan kandungan sy sy syukur sangat kandungan sy diterima ayahnya
sendiri..
Dipendekkan cerita.. Suatu hari suami orang tu bawa sy berjalan
jalan tunaikan apa yg sy mengidam.. Sy ingat masa tu sy mengidam makan pizza…
Sy suka sangat hari tu dia layan sy macam permaisuri.. Dia bawah sy berjalan..
Pada tengah harinya dalam keretanya dia ajak sy minum kola yg dia dah buka masa
tu sy memang mengidam kola sy terus je minum lepas tu sy terus tak sedarkan
diri.. Sy tersedar dah malam.. Sy juga sedar sy sudah di rumah.. Yg lebih
mengecewakan sy.. Sy sedar sy dah datang bulan.. Sy tanya suami orang tu
kenapa?? Dia menjawab slumber..
“Maaf sayang isteri isteri sy tak setuju untuk sy berkahwin lagi
buat masa ni.. Jangan sedih sayang sy akan usahakan untuk pujuk mereka.. sy
janji nanti setelah awak jd isteri sy sy akan bagi awak anak tahun tahun yah..
Sy bagi awak anak yg banyak sy janji sayang..”
Allah sahaja tahu perasaan sy masa tu..
Sy ludah muka dia..
Sy lempang muka dia..
Sy baling dia pakai gelas kaca sampai kepala dia berdarah..
Sy halau dia..
Dia bukanlah manusia.. Dia binatang yg bertopengkan manusia..
Dia lebih jijik daripada babi @ binatang yg haram..
Sedih sy tergamak dia buat begitu pada anak sendiri.. Memang dia
hati binatang.. Sy pula baru 19 tahun masa tu terlalu mentah untuk membuat
keputusan percaya bulat2x pada dia..
Hampir setegah tahun dia pergi meninggalkan sy dia tak datang
langsung pun.. Lepas anak tu gugur sy jd orang yg tak betul.. Sy meroyan tiap
malam sy cium cium baju yg sy dah belikan anak sy tu.. Sy sakit sy demam dalam
setengah tahun sy jd orang tak betul mencari anak sy.. Bila tengok anak
perempuan orang yg masih kecil sy akan menangis sy cakap “itulah anak sy yg
hilang ” Mak sy kesian tengok kehidupan sy sampai ajak berubat kampung.. Silap
sy juga takut beritahu mak sy.. Mak sy cakap kalau sy beritahu dia dia takkan
biarkan anak tu gugur.. Walaupun anak hasil zina dia sudah bernyawa dia pun
manusia.. Dia layak untuk dilahirkan walaupun tanpa seorang ayah.. Sy sedih
teramat..
Selepas setengah tahun pejabat pendaftaran dah bagi kelulusan
untuk sy membuat ic
Masuk tahun ke 3 umur sy dah 20 tahun.. 3 tahun sy hidup bersama
dia.. Sy dah kerja tapi sy tak boleh lupakan kisah silam tu.. Dan sy berniat
apapun yg terjadi sy akan jadi isteri ke 3 dia cara apapun.. Sy mesti sy dah
korban maruah diri sy anak sy sekali.. Sy tak kan lepaskan dia..
Setelah setengah tahun dia pergi.. Dia muncul lagi.. Dia merayu
rayu diberikan peluang.. Sy diam.. Sy tak layan.. Tapi sy fikir..
“Maruah sy ada pada dia.. Adakah lelaki lain yg akan sudi terima
sy apa adanya??”
Sy menangis sy solat taubat sy berdoa pada allah ampunkan segala
dosa saya dan tunjukkan sy jalan yg benar kerana sy sudah tidak tahan diberikan
ujian seberat itu..
Selang beberapa hari sy berjumpa dan berkenalan dengan seorang
lelaki bujang.. Dia ni memang kawan sy cuma sy tak layan sebab sy setia pada
suami orang.. Beberapa bulan kami berkawan dia menyatakan hajatnya yg dia
cintakan sy.. Dia ingin menjadikan sy sebagai kekasih hati.. Sy takut untuk
menerima kerana sy sudah tiada harga diri.. Sy hanya mampu berdiam dan dia
menyatakan yg dia dah lama menyintai sy sejak sy meroyan lagi.. Dia tahu kisah
silam sy.. Dia cakap dia sudi terima sy apa adanya.. Sy nangis sy dah korbankan
anak sy demi suami orang sy nak suami orang tu juga jadi suami sy.. Tapi sy
hanya menyatakanya dalam hati.. Hari demi hari sy laluan bersama bujang sebagai
kawan.. Sy mula tertawa senyum semula walaupun ada kesedihan dalam hati sy..
Masa sy bahagia tu suami orang tu datang kembali.. Menyatakan
hasratnya ingin menjadikan sy isteri ke 3 kerana kedua dua isterinya sudah sudi
menerima sy sebagai madu mereka.. Sy bahagia sangat sebab itulah impian sy..
Malam tu sy tidur dengan hati yg tenang dan bahagia.. Tapi entah
mengapa malam tu allah mimpikan sy tentang kehidupan bekeluarga bersama yg
bujang sy kenal tu.. Sy terbangun dari tidur sy.. Malam tu sy solat hajat.. Sy
mintak petunjuk pada allah apa sebenarnya yg ingin allah sampaikan melalui
mimpi itu…
Sy bangun dan berfikir.. Mungkin allah ingin sy memilih untuk
menerima yg bujang dan hidup bersama yg bujang..
Pagi pun kian menjelma.. sy masih ingat masatu 16 Disember 2013
sy berumur 20 tahun.. Hari tu sepatutnya sy. pergi berjumpa kedua dua bakal
madu sy dan bakal mertua sy untuk menunaikan hajat menjadi isteri yg ke 3 pada
suami orang..
Tapi hari tu juga sy menolak mentah menta pelawaan suami orang
tu dan sy menerima lelaki bujang tu dalam kehidupan sy.. Masa tu suami orang tu
marah..
” Aku dah bagi kau macam macam kesenangan dari kau miskin kau
susah kau hingusan tiada apa apa sampai kau jd manusia..Tiada tempat bergantung
aq pungut kau.. Bagi kau kesenangan aq.. Ini kau balas pada aq setelah macam
macam aq korbankan?? Memang kau perempuan sial pernah ku kenal”
Sy hanya mampu tersenyum.. Sy cakap kat dia cukuplah sy jadi
hambah cinta dan hambah duit pada dia selama ni.. biarlah dia nak nilai sy
macam macam janji sy tau apa pilihan sy.. Sy cakap biar sy sial jangan sy
binatang macam dia..
Sy mulakan hidup baru bersama bujang dan alhamdulillah masuk
umur sy 21 tahun kami berdua bernikah dan hidup bahagia selang beberapa bulan
berkahwin sy di sahkan mengandung untuk yg ke 2 kalinya bersama suami sy.. Ya
allah hanya allah yg tahu perasaan sy masa tu titisan air mata sy..itulah yg sy
idam idamkan sekali lagi sy bakal menjadi ibu semula.. Sy bahagia sangat..
Dalam kebahagiaan sy sy takkan pernah lupakan kenangan indah sy bersama anak sy
yg pertama..
“Sayang ibu minta maaf.. Walaupun ibu tidak sempat membelai kamu
mencium kamu.. yakinlah ibu sentiasa ingatkan kamu dan mendoakan kamu.. Kamu
tetap anak sulung ibu.. Kamu tidak layak diperlakukan seperti itu bila bila
lagi masatu kamu sudah 4 bulan dalam kandungan ibu.. Sudah ditiupkan roh.. kamu
sudah bernadi..Ibu mengidam macam2x.. Ibu pernah rasa kehadiran kamu.. Ibu tak
pernah sangka benda tu akan terjadi.. Ibu tak sangka ayahmu perangai seperti
binatang sanggup gugurkan kamu.. Doa ibu sentiasa bersamamu ibu minta maaf atas
dosa dosa ibu.. Sekarang ibu ada anak baru lagi.. Adik kamu lelaki.. Ibu tahu
kamu cemburu pada dia kerana dia dapat lahir kedunia.. Ibu tahu kamu menangis
sayang ibu tak bersikap adil pada kamu.. Ibu pun menangis di sini sayang atas
segala dosa ibu terhadap kamu.. Sekarang semua orang lihat adikmu sebagai anak
sulung ibu.. Tapi bagi ibu kamulah yg pertama.. Kamulah kakak kamulah sulung..
kamulah ain ibu selamanya.. Semoga bahagia bersama bidadari di syurga sayang..
Ibu minta maaf gagal mempertahankan kamu hari tu.. Kalau tidak kamu pasti lahir
sayang.. Maafkan ibu anakku ain”..
Sekarang sy bahagia sy ada suami sendiri ada anak sendiri..
Sentiasa bersama saya.. Sy berjalan ke mana sentiasa bersama suami.. Duit gaji
suami semua untuk sy seorang.. Yg paling membahagikan sy bila sy terbangun dari
tidur sentiasa ada suami dan anak disisi sy.. Ya allah terima kasih atas jodoh
yg telah engkau tetapkan..
Disini sy ingin sampaikan pengajaran pada wanita yg belum
berkahwin tetapi bfnya SUAMI ORANG fikirlah sejenak kata kata sy ni..
KENAPA HARUS MEMILIH SUAMI ORANG SENDANGKAN ADA BUJANG??
1) Sebab suami orang baik penyayang lebih romentik daripada
bujang..
*Tahukah suami orang tu sebelum jadi suami orang dia asalnya
bujang dan isterilah yg membuatkan dia jdi romantik sebab dia dah biasa layan
isteri.. sebab tu jangan cepat terayu..
2) Sebab dia hidup senang mewah.. Bujang miskin.. Takda harta
* Tahukah kamu suami orang tu pernah menjadi bujang bila
berkahwin isterinya lah yg bersusah paya hidup susah dan senang bersama dia
isterinyalah yg membuatkan rezekinya bertambah..
*Cuba fikir sejenak andai kamu berkongsi kesenangan itu
dibahagikan menjadi dua.. Itu kalau dia cuma ada dua nanti dia tambah 3 4 macam
mana?? Kamu yakin ka kamu cuma akan berdua bermadu??
3) Sebab sayang sebab maruah..
* Fikirlah kamu sayangi dia dia pun sayang kamu kamu rasa dia
baik.. Kalau dia baik kenapa dia perlu duakan isterinya?? Selalu dengar alasan
” Isteri tak pandai jaga suami.. Layan suami”
Cuba fikir kalau dia tak pandai layan suami kenapa mereka
mempunyai anak?? Kenapa kamu harus dimadukan?? Test suruh suami orang tu
ceraikan isteri confirm dia berfikir 100 kali dan tak sanggup apapun itulah yg
pernah susah bersama dia dulu.
4) Takdir allah pertemuan dengan suami orang mungkin jodoh suami
orang..
* Salah.. Itu bukan takdir allah.. Itu cuma ujian allah terhadap
diri kita.. Adakah kita boleh mengelak atau meruntuhkan rumah tangga orang..
Selagi kita belum dinikahi selagi itu kita mampu mengubah nasib kita untuk
memilih siapa menjadi pasangan hidup kita..
Jangan terlalu dibuai rayuan lelaki bila bila lagi lelaki tu
suami orang.. Fikir sikit perasaan isteri dia.. Isteri dia pun wanita macam
kita..
Tiada boleh mengubah nasib kita selain diri kita sendiri..
Pilihan kita.. Kita wanita.. Zaman nabi adam adam yg meminta untuk diciptakan
hawa..
Kita wanita
Kita boleh memilih siapa kita suka
Kita yg bakal dinikahi
Kita boleh menolak..
Jangan kita fikir sayang kita untuk hari ini sahaja.. Bila kita
menerima seseorang menjadi suami disitulah syurga kita.
“Suamiku syurgaku”
Kita tahu syurga tu macam mana indahnya.. Carilah suami yg boleh
buat kehidupan kita bagai dalam syurga.. Bukan neraka..
Maruah terlanjur?? Insyaallah andai kita bertemu dengan
seseorang yg ikhlas menerima kita apa adanya itu bukanlah penghalang untuk kita
mencapai kebahagiaan sendiri selain bersama suami orang..
Yang lepas kita ikhlaskan.. Allah akan berikan yg lebih baik..
Terima kasih sudi membaca harap maaf andai ada silap dan salah..
Sekadar peringatan..
0 comments:
Post a Comment