KUALA
LUMPUR – Polis Trafik Daerah Kajang, menyelamatkan seorang lelaki yang ditikam
sekumpulan empat lelaki lain di Setapak di sini, sebelum mangsa cuba dilarikan
di Kajang, malam tadi.
Dalam kejadian
jam 11.10 malam itu, sepasukan pegawai dan anggota polis Trafik Kajang yang
mengadakan sekatan jalan raya di selekoh Jalan Reko, menahan sebuah kereta
jenis Honda Accord dalam keadaan mencurigakan.
Hasil
pemeriksaan, pasukan polis mendapati kereta dinaiki lima lelaki, termasuk
seorang dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman di perut.
Mangsa kemudian
mendakwa ditikam dan dilarikan empat lelaki dalam kereta berkenaan.
Ketua Polis
Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yusof, berkata empat lelaki
terbabit ditahan dan pihaknya turut menemui sebilah parang di but kereta.
“Siasatan awal
mendapati suspek dipercayai cuba membawa mangsa ke Kajang dan siasatan
mengenainya masih dijalankan.
“Mangsa berusia
23 tahun itu mendakwa bertemu dengan suspek di Setapak pada jam 10 malam
sebelum dikepung dan diserang sekumpulan lapan lelaki, selain turut ditikam
dengan sebilah parang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, suspek
antara 20 hingga 31 tahun itu kini ditahan untuk siasatan lanjut manakala
mangsa dirawat di Hospital Kajang.
Siasatan
dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju. – BH
Online
0 comments:
Post a Comment