Wednesday, August 16, 2017

Filled Under:

Selekoh Tajam Berbahaya Di Kulim Kedah Mengundang Maut


Jalan merupakan salah satu kemudahan yang dibekalkan untuk memudahkan perjalanan dan pergerakan rakyat. Namun terdapat juga jalan yang boleh mengundang maut jika tidak diselenggara dengan baik dengan bentuknya yang amat bahaya. Keadaan ini berlaku di sekitar Kulim Kedah apabila terdapat salah satu jalan yang mempunyai selekoh tajam di antara Kulim ke arah Junjung



Pengguna jalan raya sekitar Kulim telah meminta supaya pihak yang terlibat melebarkan beberapa selekoh berbahaya di kawasan terbabit bagi mengelakkan berlakunya kemalangan maut. Menurut penduduk di sekitar kawasan tersebut kebanyakkan mereka yang terlibat dalam kemalangan maut di situ terdiri daripada penunggang dan pembonceng motosikal. Masalah ini akan menjadi semakin serius terutamanya pada waktu malam dan dalam keadaan hujan, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com.
Pembaca setia orangkedah.com sekalian, Ahli Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) berkata perancangan untuk melebarkan setiap selekoh di Jalan Kulim memang ada namun ianya gagal dilaksanakan kerana melibatkan tanah individu. Keadaan ini menyebabkan Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat terpaksa membeli tanah terlibat bagi tujuan melebarkan tanah dan situasi ini akan menyebabkan tambahan kos yang banyak. Menurutnya lagi jika jalan diperbaharui pemandu akan memandu dengan lebih laju kerana jalan sudah lurus.


Selain itu terdapat juga cerita-cerita yang tidak menyenangkan di kawasan tersebut. Misalnya, pengguna jalan raya sering diganggu oleh makhluk-makhluk halus yang muncul di sekitar kawasan sekitar selekoh tajam tersebut. Menurut sinar online terdapat seorang penunggang motosikal yang berhenti sekejap untuk cucuh rokok dan secara tiba-tiba motonya terasa berat akibat dibonceng oleh lembaga separuh kepala remuk dan biji mata terjuntai keluar. Menggigil habis satu badan pemuda itu.


Seterusnya ada juga seorang wartawan sinar harian yang ketika itu sedang melalui kawasan tersebut dalam pukul 4 pagi. Pada awalnya mereka hanya terserempak dengan batu nisan besar iaitu setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing tidak mempedulikannya. Keadaan mula huru-hara apabila ada seorang penumpang kereta mereka menjerit meminta dibacakan surah Yasin sebab katanya makhluk tersebut ada di sebelahnya. Selepas dibaca beberapa potong ayat Al-Quran barulah wartawan tersebut kembali tenang. Setelah diperiksa rakaman yang mereka buat ternyata terdapat makhluk seram berambut panjang dalam kenderaan mereka. Berdiri bulu roma pada masa itu. Katanya kejadian ini berlaku kerana ada kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita dan mayatnya dibuang ke dalam gaung sekitar kawasan ini.


Pengguna tidak boleh mengharapkan dan menunggu tindakan daripada pihak kerajaan semata-mata. Peranan para pengguna juga amatlah penting dalam usaha mengurangkan kemalangan maut di kawasan tersebut. Pengguna harus peka dan mematuhi papan tanda yang telah dipasang di sekitar kawasan tersebut serta sentiasa berhati-hati supaya masalah ini tidak berlarutan sehingga tiada penghujungnya. Admin percaya masalah ini dapat diatasi jika semua pihak memainkan peranan masing-masing.




0 comments:

Post a Comment