Kat Kedah memang banyak tempat
makan best. Bukan saja di negeri-negeri utara tanah air malah seluruh Malaysia
pun memang banyak tempat makan menarik. Orang luar selalu kata negara kita ni
syurga makanan. Murah, banyak pilihan, senang dan sedap.
Tapi,
kali ni untuk senarai tempat makan sedap di ibu negeri Kedah, mari kita tengok
5 tempat yang pernah menjadi pilihan tim program foodventure terkenal
TV3 iaitu Jalan-Jalan Cari Makan:
#1
Laksa Ikan Sekoq
Negeri
utara memang terkenal dengan kepelbagaian laksa. Setiap laksa ada kelebihan
yang tersendiri. Kalau di Kedah, kuah laksa sering dibuat menggunakan ikan
termenung (kembung) atau ikan selayang.
Kat kedai Laksa Ikan Sekoq
ini, pelanggan akan dihidangkan laksa beserta seekor ikan. Kalau nak tambah
telur sebiji pun boleh. Kalau anda makan laksa ikan sekoq, anda boleh tambah
makan secara percuma. Biaq betui? Ha betui la. Kat Alor Setar saja ada kedai
macam ni.
Laksa Ikan Sekoq
No.66,
Rumah Kedai Perumahan Awam Mergong, Jalan Gangsa, 05150 Alor Setar, Kedah. (Tel
: 012 - 439 1313 / 019-253 5457)
GPS: 6.140823,
100.363152
Waktu
operasi: Isnin - Sabtu, 11.30 pagi - 7.30 malam
#2
Awi Pulut
Orang
utara memang suka makan pulut. Segala macam jenis lauk boleh dimakan dengan
pulut. Jika di gerai Awi Pulut yang terletak di belakang Bank Rakyat cawangan
Alor Setar ini, anda boleh menikmati pulut manis ataupun savuri. Macam-macam
menu pulut yang ada antaranya pulut durian, pulut kahwin, pulut ayam, pulut
kuning dan pulut mangga.
Selain itu, gerai ini juga
ada menjual menu istimewa iaitu nasi ayam berempah dan nasi ayam percik untuk
mereka yang mahukan menu yang lebih berat.
Gerai Awi Pulut
No.
4, Gerai buah (Belakang Bank Rakyat Alor Setar), Jalan Langgar Alor, 05100 Alor
Setar, Kedah (Tel : 012-5969199)
GPS: 6.1165°
N, 100.3691° E
Waktu
operasi : Setiap hari, 8:30 pagi sehingga habis
#3
Bite Cafe
Lokasi kafe yang sangat
strategik ini memang menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke Kota Setar.
Kafe ini terletak berhampiran dengan Masjid Zahir, Balai Seni, Balai Nobat dan
Istana Kuning Kedah. Menu di sini pula menawarkan hidangan makanan barat dengan
konsep santai chillax sambil
mengunyah.
Dengar
cerita meatball dia sedap mengalahkan bebola daging dari Sweden sendiri!
Bite Cafe
No.
139, Pekan Melayu (bersebelahan Masjid Zahir), 05100 Alor Setar, Kedah.
(Tel: 012-500 1714)
Waktu
operasi: Selasa - Ahad, 6:00 petang sehingga 12:00 malam
#4
Restoran Mikamal
Kalau
datang belah utara dan tak pekena mee rebus, pasembor dan nasi kandar, memang
tak lengkap lagi perjalanan anda. Di restoran ini juga terdapat hidangan ala
barat seperti chicken chop, sizzling steak dan sebagainya.
Mee abu, mee rebus, mee
goreng di sini memang sedap! Nasi kandar pun rasa original Penang.
Restoran Mikamal
No.
4, Taman Tunku Bendahara (bersebelahan Istana Anak Bukit), Anak Bukit,
Alor Setar, Kedah. (Tel : 016-462 1915)
Waktu
operasi : Setiap hari, 6:30 pagi hingga 9:30 malam
GPS: 6.1752°
N, 100.3693° E
#5
Le' Medina Patisserie
Kalau dah sebut patisserie,
mestilah semua orang boleh agak apa keistimewaan makanan di sini. Aneka kek,
pastry dan pencuci mulut lah. Tapi di sini juga ada menjual makanan lain
seperti nasi lemak pandan, sup tulang dan pelbagai jenis hidangan barat.
Kalau
keluar ramai-ramai dan keliru tak tahu nak pergi mana sebab macam-macam
perangai kawan yang nak memilih menu ikut tekak masing-masing, boleh datang
sini sebab semua jenis menu ada!
Kedai
ini beroperasi di dua cawangan iaitu di Jalan Stadium dan juga di kompleks Aman
Central.
Le' Medina Patisserie
Cawangan
Jalan Stadium:
No
1, Wisma Koperasi Jalan Stadium,05100 Alor Setar Kedah. (Tel : +60
4-730 2120)
Waktu operasi : Rabu - Isnin
(tutup hari Selasa) 11:00 pagi - 12:00 malam
GPS: 6.131182,
100.372890
Cawangan
Aman Central:
3-
K02, Aman Central, Lebuhraya Darulaman, 05100 Alor Setar, Kedah
Waktu
operasi: setiap hari, 10:00 pagi - 10:00 malam
GPS:
6.125180, 100.366419
0 comments:
Post a Comment