KOTA KINABALU,
SABAH - Lima remaja lelaki berusia 13 hingga 18 tahun ditahan dipercayai
merogol seorang remaja perempuan 15 tahun secara bergilir-gilir di sebuah
bangunan terbiar di Manggatal, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Daerah
Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, dalam kejadian yang
berlaku pada jam 3 petang Rabu lalu, mangsa yang baru mengenali lima remaja
lelaki itu melalui aplikasi WeChat tiga minggu lalu, bertemu di sebuah
taman.
"Siasatan
mendapati mangsa mulanya menemui lima suspek di sebuah taman di Manggatal
sebelum suspek terbabit mempelawa mangsa ke sebuah bangunan usang di sekitar
Manggatal.
"Mangsa
mendakwa dipaksa mengikut suspek ke bangunan terbiar itu dengan berjalan.
Ketika dalam perjalanan, mangsa cuba melarikan diri. Namun suspek menghalangnya
dan berjanji akan menghantar mangsa pulang ke rumah," katanya.
Bagaimanapun,
sebaik saja tiba di bangunan itu, mereka hanya berbual-bual kosong sebelum
suspek memaksa mangsa berbaring di lantai.
Mereka kemudian
berbual-bual dalam masa dua tiga minit sebelum kelima-lima suspek bertindak
merogol mangsa secara bergilir-gilir.
"Hasil
maklumat orang awam dan risikan polis, kelima-lima suspek berjaya diberkas
polis dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas mangsa membuat laporan
polis.
"Semua suspek
berusia 13 hingga 18 tahun direman untuk siasatan lanjut selama tujuh hari
bermula Jumaat lalu sehingga 3 Ogos depan," katanya.
Kes disiasat
mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol secara
berkumpulan.
Justeru, polis
menasihatkan golongan ibu bapa agar tidak membiarkan anak terutamanya anak
perempuan berjalan seorang diri bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa rogol.
0 comments:
Post a Comment