Perempuan, tolong
ambil masa sedikit untuk baca ini. Ini adalah pengalaman saya sendiri. Kalau
masa datang bulan dan mengalami sengugut yang teruk, tolong jangan ambil
mudah.
Saya sengugut
memang teruk tiap-tiap bulan, namun saya ambil mudah saja perkara ini sebab
ingatkan perkara normal. Saya takut makan ubat dan jumpa doktor.
Sampailah satu
ketika di mana perut saya sakit, macam cramp. Pergi klinik, dikatanya muscle
probelm. Tetapi tak tahan sangat, terus pergi ke Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia (HUKM) untuk buat scan apa semua. Tetapi mereka kata, tiada apa-apa
masalah.
Dah seminggu
begini, saya tiba-tiba terlantar atas katil, tak boleh bergerak langsung. Kaki
pun tak boleh diluruskan sebab perut sakit sangat-sangat, malah tak boleh
bangun.
Saya dibawa ke
Hospital Putrajaya. Selepas discan, doktor mendapat ada ketumbuhan 2.6 cm di
bahagian rahim. Kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebab dekat
dengan rumah.
Masuk HKL jam 7,
doktor periksa ketubuhan sudah menjadi 6 cm. Sedih bila doktor kata saya perlu
menjalani pembedahan segera sebab kalau lambat, ketumbuhan itu akan pecah dan
menjadi kanser. Ovari sebelah kanan juga terpaksa dibuang sebab ketumbuhan
sudah besar sangat dan bernanah.
Saya puasa selama
enam jam. Jam 12, masuk dewan bedah dan selesai pembedahan 1.30. Alhamdulillah
pembedahan berjalan lancar.
Bila sedar pagi
itu, sedih tengok perut saya ada tiga tempat kena bedah. Tapi tak mengapa, saya
dah selamat hasil doa dari rakan-rakan semua.
Golongan perempuan,
tolonglah ya. Dalam setahun, dua kali buatlah pemeriksaan rahim. Benda nak
'pakai' lama. Saya dah serik tinggal di hospital seminggu cucuk sana sini,
masuk ubat panas dalam badan. Hampir sebulan tak boleh makan sebab luka dalam.
Mujur dah baik dan ada anak seorang. Kalau tak..
0 comments:
Post a Comment