PUTRAJAYA - Kasihan melihat anak kecil ini yang
mempunyai parut di perut akibat diberi makan makanan pejal oleh ibunya seawal
usia 3 bulan.
Menurut Shahrinie Othman yang
memuat naik kisah adik Nur Fathia Maisarah, bayi itu diberi makanan nestum
beras oleh ibunya ketika berusia tiga bulan. Namun, di usia enam bulan, Fathia
mula mengalami kesakitan.
"Saya bagi cereal
(nestum beras) baby umur tiga bulan. Campur sikit susu dengan nestum, bagi anak
kenyang dan tidur lama. Sebelum ini kakak dan abang dia okay sahaja, sebab itu
saya bagi dia makan juga.
"Tetapi usus dia tidak
dapat menerimanya. Sebab itulah jadi begini," kata ibunya yang sedih
melihat keadaan perut anaknya yang berparut akibat kesilapannya itu.
"Saya menyesal dah,
tetapi menyesal kemudian tiada gunanya. Benda dah jadi. Nasib Allah masih
panjangkan umur baby saya dan bagi saya peluang untuk menjaga dia. Hanya
disebabkan bagi makan bawah enam bulan, saya hampir kehilangan baby saya. Saya
menyebabkan dia menderita," katanya.
Justeru, ibu Fathia memberi
peringatan kepada ibu-ibu yang lain agar tidak memberi anak di bawah usia enam
bulan makan makanan pejal jika tidak mahu perut bayi mereka menjadi seperti anaknya.
"Tak sedih ke tengok baby yang lahir dengan normal
tiba-tiba macam tak normal, luka sana sini. Ingat ibu-ibu sekalian, kita tidak
tahu bila dan dengan siapa Allah turunkan ujian. Semoga dapat menjadi
pengajaran untuk ibu-ibu semua," katanya
0 comments:
Post a Comment