LIMBANG, SARAWAK -
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui tidak sedarkan diri di
dalam bilik mandi di rumahnya di Kampung Terimah, Khamis lalu, 27 Julai
2017.
Dalam kejadian
kira-kira jam 4.20 petang di Kampung Terimah, mangsa, Kelvin Weychelly Bangga
Justin, 3, ditemui tidak sedarkan oleh ibu tirinya selepas ditinggalkan bermain
air di dalam besen.
Difahamkan, mangsa
berseorangan di dalam bilik mandi sementara ibu tirinya berada di dapur untuk
memadam api dapur.
Lapor Utusan
Borneo, ibu tiri mangsa mendakwa kanak-kanak itu cedera akibat terjatuh dan
terbaring ketika bermain di lantai bilik air.
Melihat keadaan
mangsa yang tidak sedarkan diri, wanita berusia 22 tahun itu kemudian membawa
mangsa ke Hospital Limbang untuk pemeriksaan lanjut.
Sebaik tiba di
hospital, doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Bagaimanapun,
doktor menemui kesan lebam di dahi, belakang badan, perut dan kesan luka pada
bahagian ari-ari, belakang cuping telinga kanan, mulut, hidung serta punggung
mangsa.
Kesan kecederaan
pada badan mangsa yang begitu banyak membuatkan ibu bapa mangsa berasa curiga
dengan laporan polis yang dibuat oleh ibu tiri mangsa dan meminta siasatan
lanjut dijalankan kerana terdapat unsur penderaan pada mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, keputusan hasil bedah siasat Hospital
Miri menyatakan mangsa meninggal dunia berpunca akibat asfiksia (lemas) kerana
ditekup sesuatu.
"Wanita
berusia 22 tahun berkenaan direman hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya memetik
laporan dari Harian Metro.
Sementara itu, ibu
saudara mangsa, Avril Lex Huii, 28, berkata, terdapat 12 kesan kecederaan di
kepala, 12 kesan kecederaan di badan dan 2 retakan di tangan mangsa, selain ada
luka di badan seperti dicucuh dengan rokok.
"Pemergian
Kelvin membuatkan bapanya sunyi. Tiada kedengaran jeritan dan teriak Kelvin
bila bapanya pulang dari kerja. Tiada lagi yang menceriakan bapanya yang
kepenatan setelah pulang dari bekerja. Tiada senda gurauan ketawa riangnya
lagi. Tiada lagi si anak belari-lari.
"Selepas ibu
bapanya berpisah dan hak penjagaan diperoleh bapanya, ingatkan dua beranak ini
sudah bahagia. Tetapi datang pula seorang manusia yang tidak berperikemanusiaan
menyakiti Kelvin.
"Kasihan si
kecil, menghembuskan nafas terakhir bukan di atas pangkuan bapanya. Dia
hembuskan nafas terakhir kerana sudah tidak tahan dengan kesakitan yang dia
rasa selama ini.
"Kasihan kau
anak, tiada satu pun peluang pun untuk kau melawan sebab kau masih kecil.
Kasihan kau didera sampai jadi begini. Bukan main sayang lagi bapa kau pada
kau.
"Kepada si ibu
tiri, kau ingat kau dah bunuh Kelvin, kau boleh jadi 'Queen' untuk bapanya? Kau
silap, sekarang berdepanlah dengan hukuman tali gantung di penjara.
"Nak berkahwin
dengan duda tetapi tak nak terima anaknya, hanya mahukan harta sahaja. Lebih
baik tak payah," luah Avril di Facebooknya semalam.
0 comments:
Post a Comment