Wednesday, August 16, 2017

Filled Under:

Penduduk kampung belasah remaja kerana samun warga emas


Penduduk kampung belasah remaja kerana samun warga emas

KEPALA BATAS: Rakaman video seorang remaja ditangkap dan dibelasah penduduk kampung selepas didakwa cuba menyamun seorang warga emas di Kampung Kubang Menerong, Tasek Gelugor petang Rabu tular dilaman media sosial hari ini.
Menerusi tiga video yang tersebar itu, kelihatan remaja terbabit dibelasah selepas penduduk tidak berpuas hati dengan kelakuannya yang didakwa mencurigakan apabila mengintip rumah warga emas terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam mengesahkan kejadian itu.
Sebaik dicekup penduduk bertanya mengenai tujuannya mengintip rumah orang namun tiada sebarang penjelasan. Dia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.
Siasatan polis mendapati suspek perempuan dihantar oleh suspek lelaki ke kawasan rumah itu lewat malam dan wanita itu menunggu sehingga penghuni tiada dirumah bagi tujuan menyamun.
Menurutnya, remaja berusia18 tahun itu ditahan bersama seorang lelaki berusia 21 tahun selepas didapati menyamun barang kemas milik warga emas berusia 70 tahun. Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa yang berada di dalam bilik telah dipukul dengan kayu oleh suspek.
Astro Awani
Pergelutan berlaku, dan mangsa kemudiannya menjerit menyebabkan suspek melarikan diri. Bagaimanapun, anak dan jiran mangsa dapat menjejaki suspek yang didapati bersembunyi di bawah katil dalam bilik di rumah berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.







0 comments:

Post a Comment