KUALA LUMPUR – Suntory Beverage
& Food Malaysia Sdn. Bhd. (Suntory) menarik balik semua produk kordial
minuman Ribena dalam semua saiz dan perasa buat sementara waktu berkuat kuasa
serta-merta pada 12 Ogos 2017.
Berdasarkan satu kenyataan rasmi ditandatangani Pengurus Besar
Serantaunya, Lee Hon Tong, Suntory menjelaskan bahawa penarikan semula
itu dibuat kerana satu ralat yang dijumpai ketika membuat pemeriksaan rutin di
kilang pembuatannya di Shah Alam.
Pihak itu bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci
apakah ralat yang dimaksudkan.
Sehubungan itu, pihak Suntory telah memberhentikan penghantaran
semua produk kordial Ribena dari kilang tersebut kepada semua rakan dagang
mereka di seluruh Malaysia.
Cubaan Mynewshub untuk menghubungi
Suntory berhasil, namun jurucakapnya meminta agar diberi masa 24 jam untuk
memberi keterangan lanjut berhubung perkara berkenaan.
Bagaimanapun, hanya kesemua produk yang
mempunyai tarikh luput seperti yang disenaraikan akan ditarik semula bagi
tujuan keselamatan pembeli.
Berikut merupakan
senarai produk yang ditarik balik dari pasaran buat sementara waktu mengikut
tarikh luput pada pek:
1. Ribena Kordial
Blackcurrant
Tarikh Luput : Mei hingga Ogos 2018
Tarikh Luput : Mei hingga Ogos 2018
2. Ribena Kordial
Blackcurrant & Glukosa
Tarikh Luput : Mei hingga Ogos 2018
Tarikh Luput : Mei hingga Ogos 2018
3. Ribena Kordial
Blackcurrant & Strawberi
Tarikh Luput : Februari hingga Mac 2018
Tarikh Luput : Februari hingga Mac 2018
4. Ribena Kordial
Blackcurrant & Blurberry
Tarikh Luput : Februari hingga Mac 2018
Tarikh Luput : Februari hingga Mac 2018
5. Ribena Kordial
Blackcurrant & Epal
Tarikh Luput : April hingga Mei 2018
Tarikh Luput : April hingga Mei 2018
Dalam pada itu, pihak Suntory juga memberi jaminan bahawa
kesemua produk keluaran mereka dengan tarikh luput selain daripada yang
disenaraikan adalah selamat dan tidak terbabit dengan penarikan semula.
Pada masa yang sama, Suntory berkata, mereka akan menyelesaikan
isu tersebut dengan efektif dan segera serta akan memaklumkan semula kepada
pelanggan sebaik sahaja pihak itu menyambung semula proses pengilangan dan
penghantaran stok.
Sumber –MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment