Seorang wanita dari timur
China meninggal dunia selepas empat kali menggugurkan kandungannya dalam
setahun hanya kerana suaminya mahukan anak lelaki, lapor South China Morning
Post.
Bagaimanapun, lelaki itu menceraikan isterinya selepas wanita
itu jatuh sakit, kesan dari pengguguran kandungannya sebanyak empat kali dalam
setahun.
Difahamkan, pasangan itu sudah
mempunyai seorang anak perempuan yang dilahirkan empat tahun yang lalu dan merancang
untuk mendapatkan seorang anak lelaki selepas Kerajaan China membuat keputusan
untuk memansuhkan dasar satu keluarga satu anak.
Si suami bertegas mahu anak lelaki dan meramalkan bayi dalam
kandungan isterinya itu adalah bayi lelaki lalu membawa isterinya berjumpa
dengan seorang pengamal perubatan yang beroperasi secara tidak sah dan tidak
mempunyai lesen untuk membuat imbasan kandungan.
Dalam budaya tradisional, kaum Cina lebih menggemari anak lelaki
berbanding anak perempuan.
Namun dalam undang-undang di negara itu, menjadi satu kesalahan
bagi pengamal perubatan (doktor) mendedahkan jantina bayi dalam kandungan
kepada ibu bapa kerana bimbang mereka akan mengambil tindakan menggugurkan
kandungan itu.
Pengamal perubatan yang ditemui pasangan itu memaklumkan bahawa
kandungan si isteri merupakan bayi perempuan, membuatkan si suami tidak dapat
menerima kenyataan lalu meminta isterinya menggugurkan kandungan itu dan
perkara yang sama beterusan sehinggalah kali keempat, wanita itu mula
menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.
Selepas mendapati isterinya tidak sihat, lelaki itu mengambil
keputusan untuk menceraikan wanita itu dipercayai atas alasan dia tidak dapat
memberinya anak lelaki.
Selepas pasangan itu bercerai, wanita yang tidak didedahkan
identitinya dan berasal dari sebuah daerah berhampiran Wuhu di wilayah Anhui,
mendapatkan rawatan di hospital dengan kos 17,000 yuan (RM10,770) untuk
penyakitnya yang tidak dijelaskan secara terperinci.
Malangnya, wanita itu dilaporkan telah meninggal dunia.
Bekas suaminya juga langsung tidak datang menziarahi mendiang
isteri di hospital dan kini dia sedang merancang untuk berkahwin dengan wanita
lain.
Sumber: The Reporter
0 comments:
Post a Comment