Ksenia Bubenko yang
berasal dari Russia ini mungkin kelihatan sangat jelita sekiranya beliau
mengenakan baju berlengan panjang dan berseluar jeans, namun ianya bertukar 360
darjah apabila beliau memilih untuk memakai pakaian yang lebih mendedahkan tubuh
badan.
Gadis yang berusia 20 tahun
ini sebenarnya mengalamai anoreksia yang teruk sehingga beliau kelihatan
terlampau kurus seperti hanya mempunyai kulit untuk membaluti tulang-tulang
tubuhnya.
Semuanya bermula beberapa bulan sebelum ini apabila Ksenia yang
mengalami sedikit masalah berat badan berazam untuk menguruskan badan beliau
pada ketika itu dengan mengamalkan rejim diet yang ketat.
Namun, meskipun sudah
mencapai berat badan yang ideal, beliau masih meneruskan program diet beliau
sehingga berat terkini beliau mencecah 25 kilogram sahaja.
0 comments:
Post a Comment