Sebaik sahaja pintu
pondok usang itu dibuka, rongga hidung mula dipenuhi bau najis yang memenuhi
kediaman pasangan warga emas yang kelihatan tidak terurus.
Bang..oo..bang, panggil wanita
tua itu yang menyangka suaminya telah pulang.
Lebih menyayat hati apabila wanita tua yang dikenali sebagai Samini
Subryono mengikut sijil nikahnya, tidak mengetahui suaminya Ahmad Jumadi sudah
seminggu meninggal dunia.
Wanita berusia 76 tahun itu kelihatan sangat uzur, tidak mampu
bergerak dan matanya rabun kronik menyukarkan untuk mengecam tetamu yang
datang.
Menurut Timbalan Presiden Skuad Kasih Malaysia, Khairul Khuzaini
Zamsani, dia telah menemui makcik tersebut pada Jumaat lalu selepas berjumpa
dengan seorang pengusaha kolam pancing yang mengatakan ada seorang makcik
terbiar menumpang di rumahnya.
Saya ikut dan saya lihat makcik itu dalam keadaan yang sangat
menyedihkan dipenuhi najis dan sebagainya.
Saya menelefon pasukan saya dan esoknya kami hadir, mandikan
makcik itu dan bersihkan kawasannya.
Kita telah hubungi pihak-pihak yang berkaitan memohon untuk membantu
makcik ini, termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu sendiri, katanya
ketika ditemui The Rakyat Post di sini.
Kata Khairul, tiada ada sesiapa yang sanggup untuk menguruskan
wanita itu kerana masalah bau najis tetapi tuan tanah tetap memberi makan dan
menjaganya juga.
Makcik ini juga diberi makan dalam keadaan ala kadar dan tidak
ada yang hendak uruskan kerana masalah bau najis, tiada siapa yang sanggup,
katanya.
Bagaimanapun, terdapat kesukaran daripada pihak tertentu untuk
menguruskan warga emas itu kerana dia tidak mempunyai dokumen peribadi.
Menurut Khairul, hari ini pihaknya telah membuat keputusan untuk
menghantar wanita tersebut ke sebuah Pusat Penjagaan Warga Emas Insyirah di
Bangi.
Jelasnya, ia bagi memudahkan pihaknya menyelenggara kerana
masing-masing mempunyai komitmen lain.
Kita ada hubungan dengan Lembaga Zakat Selangor dan mereka telah
datang untuk buat tinjauan untuk salurkan sumbangan mana yang perlu.
Belum ada sebarang keputusan setakat ini tetapi mereka akan bawa
perkara ini ke ibu pejabat untuk diputuskan, katanya.
Sementara itu, kata Khairul, jenazah suami wanita itu masih lagi
berada di Hospital Ampuan Rahimah Klang dan tidak dapat dikebumikan meskipun
sudah tujuh hari meninggal dunia disebabkan tidak mempunyai identiti pengenalan
diri yang sah.
Suami makcik sudah meninggal
dan pihak hospital tidak membenarkan jenazah itu dibawa keluar sehingga hari
ini kecuali mempunyai dokumen atau ada waris menuntut.
Kita sedia maklum waris tiada di sini, mereka hanya tinggal
berdua, ujarnya.
p/s: Tak tahu lah apa cerita makcik ni sekarang
0 comments:
Post a Comment