Janganlah awak
tengok seseorang itu berniaga, terus set dalam otak:
"Haa! Dia ni
mesti banyak duit!"
Tapi awak tahu tak
satu perkara? Berniaga bukan senang dan mudah seperti yang disangka. Peniaga
perlu keluarkan modal dan kerah tenaga. Selepas itu, kalau nak dapatkan
keuntungan, bukan sekelip mata seperti gores dan menang eh? Awak cuma kira
kesenangan dia tetapi awak tak tahu kesusahan dia untuk mendapatkan hasil.
Penat tau?
Hari-hari kena
promote, berbuih mulut bercakap, perah otak mencari idea. Kalau online,
sentiasa kena hadap phone, hadap laptop. Dia kerja sendiri tak boleh sesuka
hati nak cuti. Tak kerja, tak adalah duit. Sakit-sakit pun kena gagahkan diri
juga untuk buat kerja.
Tapi kalau kerja
makan gaji, dah tentu dan sah hujung bulan dapat duit walaupun ada MC. Saat
orang lain dah lena tidur, dia masih lagi bersengkang mata mencari rezeki. Kadang-kadang
sale kencang, kadang-kadang sale 'krik.. krik..'. Menangis dalam hati, awak apa
tahu?
Jadi, kalau awak
bukan seorang peniaga, fahamilah bahawa keuntungan seseorang peniaga untuk
mendapatkan hasil yang banyak bukan semudah yang awak sangka. Kalau tak cukup
duit nak rolling, kedai pajak atau Ar-Rahnu tempat persinggahan dia.
Dialah boss dan dia
jugalah kuli. Jangan tengok, "eh banyak duit pergi bercuti? Banyak duit
pakai baju lawa-lawa?". Hello! Itu ganjaran untuk diri dia sendiri sebab
dah bekerja keras. Awak tak tahu dia menjadi bangla untuk bisnes sendiri macam
mana.
Akhir kata, kalau
ada kawan-kawan yang berniaga, janganlah minta diskaun yang tak masuk akal.
Kasihanlah pada mereka. Dah beri harga 'adik-beradik' pun nak diskaun lagi
sampai tahap harga borong. Awak ingat kawan awak itu buat bisness saja-saja
atau buat bisnes amal jariah ke?
Jadi
beragak-agaklah ye. Jangan tengok apa yang dia ada tetapi lihatlah segala usaha
dia. Sila hadam. Support bisnes kawan-kawan, tak perlu minta diskaun. Tolong
promote kalau awak sayang kawan awak. Tak semua peniaga itu hidup senang.
0 comments:
Post a Comment