KANAK-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menjadi mangsa ilmu hitam
oleh majikan ibunya, telah meninggal dunia selepas doktor gagal mengeluarkan
beberapa batang jarum yang dicucuk ke dalam badannya.
Kanak-kanak malang itu juga mengalami pelbagai kecederaan dalaman dan
turut mengalami serangan seksual.
Dia dibawa ke hospital di Kolkata, India pada 15 Julai lalu dan selepas
pemeriksaan dijalankan, doktor menemui tujuh jarum di dalam badannya termasuk
beberapa batang yang dicucuk menerusi alat sulitnya.
“Jarum itu tidak boleh dikeluarkan kerana ia akan mengakibatkan
kerosakan yang lebih teruk kepada badannya,’’ kata doktor.
Penderaan itu terbongkar selepas ibunya membawa kanak-kanak terbabit ke
hospital kerana menyangka anaknya demam.
Susulan itu, polis kini sedang mengesan lelaki kejam itu, Sanatan
Thakur, yang berusia dalam pertengahan tahun yang mengamalkan ilmu hitam.
Dia telah melarikan diri. – MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment