SUKA mencabar kemampuan dan keberanian diri sendiri?
Mungkin rumah hantu McKamey Manor yang terletak di San Diego, California
merupakan pilihan yang tepat untuk merasai pengalaman paling
mengerunkan seumur hidup anda.
Hal ini kerana, hantu-hantu yang berada di rumah hantu ini bukan sahaja
akan menakut-nakutkan anda tetapi seolah-olah cuba membunuh nyawa anda dengan
gaya yang amat tragis.
Ini terbukti apabila sejak 14 tahun dibina, tiada seorang pengunjung pun
berjaya sampai ke garisan penamat.
Meskipun, pengalaman ini dianggap unik dan menakutkan tetapi lebih
24,000 orang sudah dalam senarai menunggu untuk merasai pengalaman rumah hantu
mengerunkan tersebut.
Memberi kelainan berbanding rumah hantu yang lain, pengunjung diharap
bersedia sebarang kemungkinan diikat, disumbat dalam sangkar ular, disimbah
darah palsu dan bermacam lagi yang anda sendiri tidak akan sangka.
Lebih
kejam, pengunjung bakal merasai sendiri pengalaman dipaksa memakan telur busuk
dan mulut disumbat dengan kertas.
Namun, untuk
memasuki rumah hantu ini hanyalah dua pengunjung sahaja dibenarkan dalam satu
masa dan segala latar belakang mereka diperiksa sebelum dibenarkan masuk.
Pengalaman yang
mengambil masa kira empat hingga tujuh jam ini sememangnya mempunyai
unsur-unsur dramatik yang amat megerunkan yang tidak akan anda lupakan.
engasasnya
Russ McKamey, 55, dan teman wanitanya Carol Schultz juga akan memastikan
pengunjung merasai pengalaman berbeza setiap kali ke McKamey Manor ini.
McKamey berkata
dia menghasilkan projek itu kerana begitu meminati kisah seram seperti Psycho,
Texas Chainsaw Massacre dan The House on Haunted Hill dan sanggup menghabiskan
lebih AS$500,000 (RM1.6 juta) untuk menjadikan McKamey Manor pengalaman paling
menakutkan di dunia.
“Pengalaman
yang kami tawarkan adalah interaktif malah saya turut berbincang dengan peminat
selain membuat kajian mendalam. Percayalah, apa yang dialami di sini amat unik
dan tidak ubah seperti merasai filem seram anda sendiri,” katanya.
0 comments:
Post a Comment