Setiap
pagi ramai yang memilih untuk memulakan hari dengan secawan kopi. Boleh
dikatakan kopi merupakan minuman wajib setiap hari.
Bagi
mereka yang bekerja di pejabat, pasti kopi menjadi pilihan dan sentiasa menjadi
peneman.
Bagi
pencinta kopi, minum kopi mampu memberikan semangat untuk memulakan hari yang
lebih baik.
Lebih
menarik, penggemar kopi mempunyai potensi untuk menjadi orang yang berjaya. Nak
tahu kenapa?
1. MEREKA YANG MINUM KOPI LEBIH SIHAT
Kopi
mampu menghalang atau melawan banyak penyakit, seperti Alzheimer, diabetes,
atau penyakit kardiovaskular. Peminum kopi mempunyai potensi kecil untuk
menghidap Parkinson.
2.
MEREKA YANG MINUM KOPI LEBIH BIJAK
Kafein
pada kopi menghalang adenosin di dalam otak. Adenosin adalah kompaun yang boleh
menghalang prestasi otak. Jadi kopi boleh meningkatkan prestasi otak.
3. MEREKA YANG MINUM KOPI LEBIH AKTIF
Mereka
yang minum kopi tidak mudah penat dan mereka lebih aktif secara fizikal. Mereka
tidak ada masalah dalam melakukan aktiviti fizikal.
4.
MEREKA YANG MINUM KOPI LEBIH BAHAGIA
Kafein
mampu mengurangkan tekanan dan mencegah kemurungan. Minum kopi yang kaya
antioksidan juga mampu menjaga stamina, semangat dan mood kamu lebih baik.
5. MEREKA YANG MINUM KOPI HIDUP LEBIH LAMA
Kopi
mempunyai banyak antioksidan yang membantu mencegah penyakit jantung.
Antioksida dikenal pasti dapat mencegah penyakit, menguatkan imun tubuh dan
menjadikan kulit awet muda.
6.
MEREKA YANG MINUM KOPI BEKERJA LEBIH CEPAT
Minum
kopi setiap pagi boleh menghilangkan rasa mengantuk dan membuatkan seseorang
dengan bekerja lebih cepat.
7. MEREKA YANG MINUM KOPI MAMPU JANA PENDAPATAN
TINGGI
Disebabkan
mereka yang minum kopi lebih aktif dan lebih bersedia bekerja serta lebih fokus
dan mempunyai mood yang stabil, mereka mempunyai potensi untuk berjaya dan
menjana pendapatan tinggi.
0 comments:
Post a Comment