SEORANG pencinta kucing terkilan
apabila mendapati seekor kucing peliharaanya mati dipercayai dibunuh dengan cara
kejam di hadapan rumahnya sendiri dalam kejadian Sabtu lalu.
Menerusi
perkongsian status yang dimuat naik Amalieena menerusi laman Facebook, dia yang
baru pulang dari kerja pada waktu petang terkejut apabila mendapati kucing
kesayangannya mati dipercayai dilemaskan.
Malah, haiwan
mamalia comel itu hanya diletakkan di dalam plastik di hadapan rumahnya
menunjukkan pembunuh haiwan itu tahu siapa pemilik kucing berkenaan.
“Saya sangat sedih dengan perbuatan manusia yang tidak
bertanggungjawab ini sanggup melemaskan kucing saya sampai mati, sebab hanya
kepalanya sahaja yang basah.
“Kemudian diletak pula di hadapan rumah tuannya, tahu pula itu
kucing saya. Memang perangai jiran yang sangat kurang ajar,” luahnya.
Tambah
Amalieena, dia memberikan peringatan secara lantang kepada jirannya itu agar
tidak lagi bertindak melampaui batas sehingga tergamak meragut nyawa haiwan
yang tidak bersalah.
“Kalau kamu tidak suka kucing itu bermain di depan rumah kamu,
maklumkan kepada kami dan kami boleh kurung dia. Bukan begini caranya nak
menyelesaikan masalah.
“Cuba bayangkan anak kamu dipenggal kepalanya dan diletak di
hadapan rumah. Agak-agaknya apa yang kamu rasa pada ketika itu? soalnya lagi.
Menurut
Amalieena, kejadian yang menimpa kucingnya itu terlalu kejam dan hanya mereka
yang pernah membela dan menyayangi kucing akan memahami perasaannya.
Sehingga kini,
perkongsian gambar dimuat naik itu mendapat lebih 10,000 perkongsian di
Facebook selain ribuan komen kecaman daripada netizen yang berang dengan
pembunuhan kejam haiwan kesayangan Nabi SAW itu. – MYNEWSHUB.CC



0 comments:
Post a Comment