KEJAM. Hanya kerana isterinya
lambat menghidangkan makan malam, seorang lelaki warga emas telah menembak mati
isterinya. Mangsa, Sunaina, 55, ditembak di kepala dalam kejadian mengejutkan
di New Delhi.
Ketika
kejadian, Kumar balik ke rumah dalam keadaan mabuk dan ketika isterinya cuba
menasihatinya mengenai tabiat buruknya itu, dia telah mendesak isterinya
menyediakan hidangan makan malam.
Kumar yang
tidak sabar menjadi marah apabila makanan lambat dihidang menyebabkan dia
menembak isterinya.
“Lelaki ini mabuk setiap hari manakala isterinya pula sangat kecewa
dengan keadaan suaminya,’’ kata polis yang menyiasat kes berkenaan.
Keganasan rumah
tangga menjadi jenayah utama yang dilaporkan berlaku ke atas wanita di India
sejak sedekad lalu.
Pada 2015,
sebanyak 327,000 kes dilaporkan terhadap wanita. – MYNEWSHUB.CC


0 comments:
Post a Comment