WANITA ini, Stephanie Downing
menyangka anaknya memerlukan cermin mata selepas matanya kabur namun tanpa
disangka-sangka, anaknya itu, Daniel rupanya menghidap tumor otak dan mempunyai
masa hanya beberapa bulan sahaja lagi.
Stephanie hanya
mengetahui mengenai berita tragis itu minggu lepas selepas Daniel dirujuk ke
hospital oleh pakar mata.
Imbas MRI
mendedahkan penyakitnya di mana Daniel menghidap kanser otak yang amat serius
dikenali sebagai pontine glioma.
Daniel hanya
diberikan masa selama sembilan bulan untuk hidup dan dia perlu memulakan rawatan
kimoterapi di Bristol.
Keadaannya itu
mendapat simpati ramai malah rakan keluarganya, Bifft Lynch telah memulakan
kempen mengutip sumbangan bagi membantu Daniel. Ini kerana Daniel berada dalam
senarai menunggu untuk rawatan kimoterapi itu.
Justeru memandangkan
tempat tinggalnya agak jauh dari hospital maka keluarganya memerlukan tempat
tinggal berdekatan supaya sentiasa dapat bersama Daniel. – MYNEWSHUB.CC


0 comments:
Post a Comment