Dua hari yang
lepas, mak dan abah datang ke rumah. Terpandang kasut abah. Lusuh, penuh dengan
selaput lumpur. Tiba-tiba hati menjadi sedih. Sebagai anak, terlepas pandang
pada pemakaian dan kebajikan mak dan abah. Apa gunanya kerja kuat kalau diri
sendiri saja dapat pakai kasut mahal dan berjalan dengan selesa?
Semalam, bawa mak
dan abah pergi Alamanda, Putrajaya. Bagi abah pilih sendiri apa saja kasut yang
dia suka. Soal harga, usah dirisaukan.
"Tak payah,
abah banyak kasut," abah ulang banyak kali.
"Tapi kasut
yang macam mana?" soal saya.
Akhirnya abah
terpaksa mengalah. Tengok satu kasut, pusing belakang, letak. Dekat 20 pasang
kasut.
"Tak payahlah
nom. Mahal," katanya.
Saya paksa juga
abah pilih. Tengok abah pegang satu kasut ini lama. Dibeleknya belakang kasut,
belek lagi depan, belakang berulang kali. Lalu saya mengambilnya dan tengok
harganya RM250.
Tiba-tiba abah
ambil semula kasut itu dari tangan dan letak balik.
"Tak naklah,
tak lawa," katanya.
"Ambillah
abah," saya cuba memujuk.
"Tak apa, abah
nak tengok kasut lain," balasnya.
Akhirnya, abah
pilih satu kasut.
"Haa! Yang ini
murah sikit," katanya.
Itulah, kita suruh
dia pilih yang mana dia suka, tetapi dia tetap memilih kasut yang paling murah.
Dah habis bayar, abah kata,
"Habislah duit
kau. Kau ada duit ke?" abah tanya saya.
Sedih.. meskipun
saya dah dewasa, sudah berkahwin, mak dan abah masih risaukan anak. Walaupun
diri sendiri tidak mewah tetapi mereka tetap utamakan anak-anak. Walaupun sudah
tua dan tidak mampu bekerja, mereka masih tanya anak ada duit atau tidak.
Terima kasih mak
dan abah kerana sentiasa menjadi yang terbaik untuk saya dan adik beradik yang
lain. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih Allah.
Semalam belikan
barang untuk mak dan abah, sale hari ini meningkat. Betul, sedekah pada mak dan
abah tak rugi. Malah melimpah ruah rezeki dengan doa dan restu mereka
0 comments:
Post a Comment