Malam ke-7 Syawal,
terasa sayunya hati saya. Tadi suami marah-marah, bising kata badan saya
semakin naik. Gendut sangat katanya. Tersentuh sangat hati saya dengan
kata-katanya itu.
Ya, memang tidak
dinafikan yang fizikal saya semakin besar. Suami pula kurus, handsome juga.
Kalau setakat di WeChat dia, saya selalu tengok ramai juga perempuan yang 'hai'
pada dia.
Lima hari ini, saya
perasan yang dia tidur membelakangi saya. Bila disuruh peluk, cium, dia macam
tak nak. Tak seperti kebiasaannya, tak payah suruh pun dia buat. Memang dah
menjadi rutin kami suami isteri.
Tetapi entahlaj,
mungkin ada orang yang mengata tentang badan saya pada dia. Mungkin dia malu
dengan fizikal saya atau mungkin dia ada mengenali perempuan dalam WeChat yang
bentuk badannya jauh lebih cantik. Sebab itu dia push saya.
Sedih sangat bila
malam tadi dia kata dia bagi saya masa sehingga hujung tahun ini saja untuk
kuruskan badan. Kalau tidak, jangan marah kalau dia cari yang lain.
Tergamak hati dia,
sedangkan saya menerima kekurangannya. 9 tahun menyemai kasih, bercinta bagai
nak rak. Memang tidak dinafikan sejak bersalin badan saya terus naik.
Kini saya nekad
untuk berdiet. Saya tidak mahu dihina sebegini rupa lagi. Sedih, saya cuma
pandang anak sahaja. Entahlah, tak tahu nak cakap macam mana.
Saya boleh terima
kalau dia menegur dan menasihati saya dengan cara yang elok. Ini tidak, terus
melemparkan kata-kata yang menyakitkan hati dan saya tidak sanggup
mendengarnya.
Tetapi saya cuma
cakap, padanlah sejak akhir-akhir ini marah-marah saja. Rupa-rupanya tak puas
hati dengan badan saya.
"Memang ye
pun. Makin lama makin gendut!" katanya.
Dia tak tahu, gemuk
saya inilah yang dia akan rindui satu hari nanti.
0 comments:
Post a Comment