Saya grad tahun
lepas dan sudah bekerja selama 10 bulan sebagai engineer di sebuah syarikat di
Kuala Lumpur. Dalam tempoh 10 bulan ini, saya mahu berkongsi sedikit sebanyak
apa yang telah saya lalui sebagai 'engineer'. Bukan nak kongsi bebanan kerja
atau tentang dunia tetapi tentang pandangan masyarakat kita.
Saya mula bekerja
dengan gaji RM2,500 dan masih tinggal bersama keluarga. Nak kata untung sangat
kan? Tak, kedua-dua ibu bapa saya tidak bekerja. Jadi, sayalah yang menanggung
segala bil memandangkan saya anak sulung dalam keluarga.
1. Orang selalu
ingat bahawa gaji engineer ini besar dan serba serbi berkemampuan
Saya ada banyak
tanggungan sejak ibu bapa tidak bekerja kerana sakit. Jadi, pendapatan bulanan
saya boleh dikatakan 70% digunakan untuk keluarga dan rumah. Baki yang tinggal
untuk duit kos petrol dan kereta. Tetapi saya bukanlah jenis tunjuk senang atau
susah pada umum.
Disebabkan itu,
ramai yang menyangka saya hidup senang. Bila terjumpa kawan, mereka minta
belanja. Memang saya tahu rezeki kita murah kalau belanja orang. Tetapi dengan
RM5 dalam purse, nak belanja 3 orang kau rasa dapat apa? Bila saya cakap saya
tak ada duit, tiada seorang pun yang akan percaya.
Hari raya pun saya
dah tak bagi duit raya pada sepupu-sepupu yang kecil sebab tidak berkemampuan.
Dengan perbelanjaan balik ke kampung lagi dan sebagainya. Ada pula yang mengata
saya engineer yang kedekut.
"Kerja
engineer tetapi kedekut. Simpan duit banyak-banyak buat apa?"
Yang paling tak
boleh blah, kadang-kadang anak-anak tak minta pun duit raya tetapi ibu bapa
mereka menunjuk-nunjuk jari mereka pada saya, suruh anak-anak minta duit raya.
Duit raya bukan wajib ye. Cuma menggembirakan anak kecil itu adalah pahalanya.
Parents kena ajar anak-anak bahawa duit raya itu tidak wajib.
Saudara mara semua
lagi berminat nak mengetahui berapa gaji dan elaun sebulan saya dari ingin tahu
mengenai pengalaman bekerja dalam bidang pembinaan. Kebanyakan masanya, memang
rasa menjengkelkan. Haha!
2. Kahwin mesti
grand
Saya plan nak
berkahwin pada tahun hadapan tetapi serba ringkas sahaja tanpa hantaran, tanpa
pelamin besar dan sanding. Hanya masjlis kecil sahaja. Namun ada mulut yang
bersuara.
Ada juga yang suruh
saya cari pasangan yang lebih sesuai dan berkerjaya seperti saya. Tetapi saya
tidak endah. Kumbang yang saya nak itu hanya ada satu sahaja. Biarlah tidak
kacak, tak kaya atau tak ada kerja bagus ke.
3. Orang expect kau
pakai barang branded
Saya suka beli
barang murah. Even baju pun saya beli bundle saja. Selipar pun pakai selipar
Croc tiruan. Tudung tak pernah lebih dari RM15. Namun saudara mara semua
menjangkakan kau pakai barang branded, bergaya. lagi mahal since kau kan
engineer.
4. Kenal mana
kawan, mana lawan
Dalam keluarga
besar, keluarga saya boleh kata yang paling tak senang. I mean my parents kerja
biasa saja dulu. Kemudian bila ada hari keluarga atau rumah terbuka untuk
makan-makan, kami tidak pernah dijemput. Saya tidak kisah tetapi dalam hati
parents kita mesti sedih bila keluarga sendiri menyisihkan sebab kita bukan
orang kaya.
Tetapi bila dah
kerja dan saudara mara dapat tahu kita dah jadi engineer, surpisingly kami
dapat jemputan ke semua majlis. Kalau dulu datang join mana-mana majlis, tak
ada seorang pun yang sudi bersembang dengan kita. Tetapi sekarang semua nak
ajak bersembang dengan kita. Tetapi kalau semua nak ajak bersembang, semua nak
ajak buat aktiviti sama, macam fake sangat.
5. Masa itu emas
Janganlah terasa
kalau ada engineer yang tiada masa untuk awak. Ada yang kena kerja 6 hari
seminggu, ada yang 2 minggu sekali dapat cuti. Please, please, please fahamilah
yang mereka tidak mempunyai banyak masa free. Jangan sedih atau tersentuh kalau
kawan-kawan tak dapat kenduri kahwin kita ke, open house. Dengan cuti sehari
itu sajalah nak kena layan keluarga, nak beli barang keperluan. Jadi cuti
sehari mereka itu adalah amat berharga. Of course priority pada keluarga.
6. Merancang
Perancangan saya
adalah untuk mencari pengalaman selama saya belum ada anak dan komitmen lain.
Bila saya suarakan yang saya mahu menjadi suri rumah selepas ada anak di masa
akan datang, ramai yang mencemuh dan mendakwa saya bodoh.
"Belajar
tinggi-tinggi tapi nak jadi suri rumah, duduk di rumah saja. Bodoh, tak ada
masa depan."
Hello! Memang saya
planning nak jadi surirumah tetapi bukan semata-mata surirumah. Lebih kepada
bekerja dari rumah. Judgemental betul masyarakat kita ini.
Ketahuilah bahawa engineer
juga adalah manusia biasa. Orang luar mungkin menganggap kerjaya engineer ini
sebagai kerjaya yang gah. Yang kerja dalam bidang ini saja yang tahu macam mana
kena korbankan masa dan tenaga.
0 comments:
Post a Comment