ISU
pelarian dari Syria yang mencari tempat perlindungan baharu untuk menjalani
kehidupan kini mendapat perhatian masyarakat dunia.
Namun dalam
keadaan darurat untuk menjalani kehidupan sendiri, seorang lelaki dari
Syria ini ternyata memiliki hati yang penyayang kerana tidak lupa untuk
menyelamatkan kucingnya juga.
Gambar lelaki
yang tidak dikenali bersama kucing kesayangannya itu mula tersebar di laman
sosial selepas ia menarik perhatian seorang wartawan di sana.
Kucing bertuah
milik lelaki tersebut dipanggil Zaytouna yang bermaksud Zaitun dalam Bahasa
Arab itu, selamat di sisi tuannya merentasi Lautan Mediterranean untuk ke
destinasi yang dituju di Lesbos, Greece.
Lelaki itu
memberitahu penyelamat serta pihak media yang berada di situ bahawa dia berasa
sangat lega kerana dapat membawa kucing kesayangannya itu bersama
Mulia
betul hati lelaki ini, kehidupannya sendiri belum terjamin namun masih terfikir
untuk menyelamatkan nyawa makhlukNya yang lain.
Walaupun hanya
seekor kucing, namun tak mustahil kerananya perjalanan ke Eropah dipermudahkan
dan dilindungi dari segala bala.


0 comments:
Post a Comment