SERING
berlegar dan kadang kala turut sama mengikuti pembelajaran di Sekolah Tinggi
Leland, San Jose, California, Amerika Syarikat, akhirnya seekor kucing telah
diberi pengiktirafan sebagai pelajar di sekolah tersebut, baru-baru ini.
Kucing bernama
Bubba itu telah diberi kad pelajar oleh pihak pengurusan sekolah disebabkan
‘usahanya’ yang tidak mengenal erti jemu dalam mencari ilmu pengetahuan.
Pemilik
Bubba, Amber Marienthal, yang mengambil kucing jantan itu dari pusat jagaan
binatang terbiar pada 2009, tinggal berdekatan dengan sekolah tersebut.
Amber tidak
pernah mengurung Bubba sebaliknya memberi kebebasan kepada binatang
peliharaannya itu untuk ‘meneroka’ dunia.
Sehubungan pemberian kad pelajar itu, Amber berharap Bubba
dapat ‘menamatkan’ pengajiannya pada 2017 bersama-sama rakan pelajar lain yang
sering melayani kerenah dan telatah Bubba. – MYNEWSHUB.CC






0 comments:
Post a Comment