DI zaman serba canggih ini, bukan
manusia sahaja yang boleh mengecap glamor dan menjadi sensasi Internet,
sebaliknya binatang pun tidak terkecuali tau.
Bagel, yang
dikenali sebagai Kucing Berkaca Mata Hitam menjadi selebriti media sosial
selepas aksinya berkaca mata mendapat perhatian netizen.
Sebenarnya,
keadaan mata yang tidak berapa sihat telah memaksa tuan Bagel memakaikannya
kaca mata hitam.
Karen McGill
menjumpai haiwan comel itu ketika berusia dua bulan dan sejak itu mula
menjaganya dengan menitik beratkan penjagaan mata kerana Bagel mengalami
masalah di bahagian tersebut.
Untuk
melindungi mata sensitif Bagel daripada terik mentari dan habuk serta debu,
Karen mendapat idea menggunakan kaca mata hitam.
Setakat ini,
Bagel atau nama timangannya, sunglasscat sudah
mengumpul hampir 31,000 pengikut di laman Instagram yang terhibur dengan
gelagat lucunya bersama aksesori kaca mata hitam ‘bling-bling’. –
MYNEWSHUB.CC


0 comments:
Post a Comment