HANOI – Institut Kebersihan dan
Epidemiologi Kebangsaan Vietnam mendapati sejak empat tahun lepas, kanak-kanak
yang tidak menerima suntikan vaksin sering dijangkiti penyakit campak, batuk
kokol dan hepatitis B, lapor agensi berita China Xinhua.
Campak yang
mula dikesan di Vietnam pada 2014, menjejaskan lebih 6,000 kanak-kanak dan 150
maut akibat penyakit berkenaan.
Sebanyak 90
peratus daripada kanak-kanak yang dijangkiti didapati tidak menerima suntikan
vaksin.
Sementara itu,
ratusan jangkitan termasuk kematian akibat batuk kokol dilaporkan di Hanoi pada
2016.
Sebelum 2014,
kadar penerima suntikan vaksin didapati kurang akibat berlakunya beberapa kes
komplikasi yang turut menyebabkan kematian terhadap kanak-kanak baru
mendapatkan suntikan vaksin, ia sekaligus mencetuskan kebimbangan dalam
kalangan ibu bapa mengenai kesan negatif suntikan berkenaan.
Bagaimanapun,
semua kes itu kemudiannya dibuktikan tiada kaitan dengan kualiti vaksin.
Pada 2016,
kanak-kanak di bawah umur setahun yang menerima suntikan vaksin untuk penyakit
biasa adalah sebanyak 98 peratus.
Seramai 46 kes
demam campak dilaporkan pada tahun sama iaitu jumlah kes terendah dalam tempoh
10 tahun. – BERNAMA


0 comments:
Post a Comment