KISAH ibu bapa yang menolak
vaksin bukanlah satu cerita baharu, sebaliknya komuniti ini dibimbangi semakin
berkembang di kalangan ibu bapa muda.
Sudah pelbagai
kempen dilakukan bagi memberikan kesedaran kepada ibu bapa bahawa pentingnya
suntikan vaksin buat si comel namun semua itu dipandang sebelah mata sahaja
oleh mereka.
Netizen yang
juga merupakan seorang doktor ini, Dr. Taufiq Razif berkongsikan kisah ‘tragik’
melibatkan kematian dua beradik yang mana ibu mereka menolak vaksin sekali gus
menjadi penyumbang kepada kejadian tersebut.
Menurut Dr.
Taufiq, si abang yang berumur dua tahun terlebih dahulu menghembuskan nafas
terakhir dan seminggu kemudian adiknya pula menyusuli abangnya. Semuanya hanya
kerana si ibu merupakan seorang anti vaksin!
Dalam posting tersebut
juga, Dr. Taufiq menerangkan kepentingan vaksin kepada kanak-kanak yang mana ia
boleh menghindarkan mereka daripada pelbagai penyakit kronik seperti Difteria,
Neurophaty dan jangkitan paru-paru (pneumonia).
Jika ibu bapa
mengabaikan suntikan vaksin, saluran pernafasan anak-anak dikhuatiri boleh
tertutup sehingga menyebabkan anak mati sesak nafas.
Selain itu,
sekiranya benda putih dalam tekak yang dikenali sebagai pseudomembrane
tiba-tiba terjatuh atau tertelan racun dalam pseudomembrane boleh merosakkan
otot jantung si anak (myocarditis).
Dengan
pengambilan vaksin juga, anak-anak akan terhindar daripada penyakit kerosakan
saraf (neurophaty) dan boleh menyebabkan terkena jangkitan paru-paru
(pneumonia).
Oleh itu, buat
ibu bapa di luar sana, janganlah berdegil dan mulalah memberikan vaksin buat si
comel anda. Ingat, jangan disebabkan kedangkalan kita, nyawa anak-anak
terancam! – MYNEWSHUB.CC






0 comments:
Post a Comment