SETIAP
orang perlukan motivasi untuk teruskan berjuang dalam kehidupan seharian
masing-masing.
Ya, setiap hari
pasti ada yang tidak bersemangat serta tidak lagi berdaya untuk tempuh dugaan
dalam hidup ini.
Namun, hidup
perlu diteruskan dan tips daripada kucing ini mungkin akan berguna pada diri
segelintir individu dan membantu untuk kembalikan semangat dalam diri. Jom baca
tips tersebut di bawah.
1 . Kalau boleh nak melunjur panjang macam ular. Jadi jangan
terhadkan usaha. Teruskan mendorong diri dan melonjak ke tempat yang lebih
jauh.
2. Makanan basah lagi sedap daripada makanan
kering. Jadi jangan malu untuk berterus-terang dengan apa yang diidamkan.
3. Penat cari tikus setiap malam, siang kena la
tidur sekejap. Segigih mana pun usaha, jangan lupa untuk rehatkan diri walau
seketika.
4. Mungkin tikus kecil lebih pantas daripada
tikus yang besar. Jadi jangan kecewa jika terlepas peluang pertama, peluang
kedua pasti menyusul.
5. Kadang-kadang lawan, kadang-kadang kawan.
Jangan malu untuk bergaul dengan orang yang berbeza latar belakang, pengalaman
setiap individu berbeza-beza.
6. Luangkan masa bersama yang tersayang walaupun
kadang-kadang anda tidak faham dengan mereka
7. Biar pun diri sentiasa ditindas serta dibenci,
persetankan sahaja. Ketahui motif hidup dalam diri
8. Anda pasti ada jalan yang terbaik untuk
mengatasi serta mengelak daripada bertemu dengan musuh.
9. Walaupun terasa kecewa ketika berusaha,
teruskan menggali sedalam mungkin. Pasti ada hikmah disebalik itu
10. Pengembaraan dalam hidup itu penting untuk
kita ketahui asal-usul diri.
11. Sekali lagi..ia amat penting untuk dapatkan
rehat serta tenaga yang secukupnya untuk terus menempuh hari-hari yang
mendatang.
12. Pedulikan persepsi orang lain terhadap diri
sendiri. Buruk macam mana pun, pasti ada yang menyokong dari belakang.
13. Dan yang terakhir…sentiasa yakin pada diri
sendiri!















0 comments:
Post a Comment