SESIAPA
yang memiliki akaun laman sosial Instagram pasti pernah terjumpa atau tertengok
kucing ini di situ sama ada sengaja atau tidak.
Ya! Kucing
comel yang diberi nama Nala ini sememangnya antara haiwan peliharaan yang
sangat popular di Instagram.
Gambar kucing
itu sering dikongsikan semula oleh orang ramai atau pencinta kucing sejati
kerana telatahnya yang comel dan licik itu.
Jadi
tidak hairanlah haiwan kesayangan itu begitu popular serta memiliki jumlah
pengikut sebanyak 3.4 juta yang jelas setaraf dengan bintang terkenal di
Hollywood.
Nala yang
dihantar ke pusat perlindungan haiwan sejak kecil oleh pemiliknya sebelum ini
telah diambil dan dibela oleh seorang wanita Varisiri Mathachittiphan.
Kucing
itu kini sememangnya bertuah kerana boleh menikmati kehidupan yang sempurna dan
mendapat perhatian yang secukupnya.
“Walaupun saya tak berniat untuk mengambil kucing pada hari itu,
bila saya nampaknya, saya dapat rasakan ia adalah takdir.
“Sebab asal saya mula kongsikan gambarnya di Instagram adalah
untuk keluarga dan rakan di rumah,” kata Varisiri.
Wanita itu juga
menegaskan bahawa kucing serta anjing di pusat perlindungan sememangnya
memerlukan teman dan penjaga kerana 75 peratus daripada haiwan itu terpaksa
dimatikan akibat populasi berlebihan.
Jadi, ia juga
amat penting untuk memandulkan haiwan kesayangan anda agar haiwan berkenaan
tidak terbuang atau terbiar begitu sahaja
















0 comments:
Post a Comment