JEPUN
sememangnya terkenal dengan fesyen jalanan dan trend gaya busananya
yang pelik, serta tambahan terbaharu yang mendapat sambutan hangat di sana
adalah tas tangan yang kelihatan tidak tumpah seperti kucing hidup!
Direka oleh
seorang suri rumah bernama Pico, beg tangan persis kucing sebenar berkenaan
ternyata menjadi ‘kegilaan’ golongan pencinta mamalia comel tersebut di serata
negara matahari terbit itu.
Menariknya, beg
ini adalah 100 peratus buatan tangan dan dihiasi dengan bulu sintetik yang
disembur cat untuk memberi efek lebih alami kepada ‘kucing-kucing’ ini.
Hasil kerja
seni Pico ini meraihkan beliau lebih 2,200 pengikut menerusi laman Twitter,
yang rata-ratanya sanggup mengeluarkan perbelanjaan sebanyak AS$950
(RM3,985.20) bagi mendapatkan tas tangan unik ini.
Setiap rekaan
beraneka warna ini dibentukkan mengikut kucing jenis ‘British shorthair yang
lazim berbulu pendek dan bertubuh gebu.
Tetapi, kita
hanya boleh berangan sahaja untuk memilikinya. Meskipun tas tangannya amat
popular, namun Pico menyatakan bahawa ianya hanya akan dijual di sekitar Jepun
sahaja.
Tidak
mengapalah. Lihat sahaja gambar-gambar di bawah yang pasti akan membuatkan
pencinta kucing geram dan tidak keruan! – MYNEWSHUB.CC





0 comments:
Post a Comment