SEORANG
wanita di China ini telah mendapat pujian oleh masyarakat di negara itu selepas
gambar sebuah kerusi roda istimewa yang dihasilkan untuk kucing kesayangannya
yang lumpuh tersebar luas.
Pencinta kucing
itu, Xiaojiu telah mencipta sebuah kerusi roda khas untuk memberikan ‘sinar’
kehidupan baharu kepada kucingnya yang lumpuh separuh badan itu.
Kucing yang
dipanggil Guolai itu tinggal bersama pemiliknya di Chongqing. Haiwan comel itu
kini dilihat mampu berjalan dan bergerak dengan bantuan alat tersebut.
Menurut
Xiaojiu, dia mencipta alat itu untuk memastikan kaki kucingnya itu kembali kuat
dan bagi memberikan harapan untuk kepada Guolai untuk terus hidup sama seperti
kucing lain.









0 comments:
Post a Comment