Gambar Hiasan
suami
cium jenazah isteri …batalkan wuduk jenazah.
“Suami
jangan cium jenazah isteri. Nanti batal wuduk jenazah itu.” Pelik sekali
ada orang kata seperti ni.
Kadang
kala yang kata tu adalah tukang mandi jenazah. Mana lah dia dapat hukum ni?
Kita yang
jahil ni pun termakan hingga suami tak dapat cium kali terakhir kepada sang
jenazah isteri kerana takut batal wuduk nya.
Begitu
juga isteri dihalang untuk cium jenazah suaminya atas alasan yang sama.
Mari buka
Kitab fiqh. Mari Belajar ilmu supaya tak termakan dengan perkara ini.
Persoalan
– Batal ke wuduk jenazah tu?
Jawapannya
sudah tentu tidak batal. Pertama sekali kita mesti tahu bahawa orang
yang telah mati sudah putus dari menjadi mukallaf (orang yang wajib ikut
syariat).
Ini
adalah kerana mereka sudah terpisah dari dunia, maka terpisah dari sebarang
hukum. (Dunia adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat adalah tempat
meraih kehidupan kekal abadi).
Maka
bagaimana kamu boleh kata wuduk jenazah itu batal sedangkan dia sudah tidak ada
hukum lagi?
Begitu
juga jika najis keluar dari kemaluan jenazah yang sudah ada wuduk.
Maka
wuduknya tidak batal. Namun wajib bagi kita yang hidup untuk sucikan najis itu.
Ini
kerana hukum hakam (syariat) hanya bagi mereka yang hidup dan bukanlah yang
mati.
Maka jika
jenazah yang wuduk disentuh oleh mereka yang bukan mahram (atau sang
isteri/suami) maka tidak batal wuduk jenazah itu.
Tapi,
jika sekiranya yang hidup itu ada wuduk. Maka yang hidup itu, batallah
wuduknya.
Contoh,
suami mati. Isteri cium jenazah suami. Maka suami tidak batal, yang batal
adalah si isteri.
Rujukan
-Kitab kifayatul muhtadi
(Pengajian
Dibawa oleh Ustaz Wan Junaidi Hafizullah )
Sumber asal: Isma Anis Alfikri
0 comments:
Post a Comment