Subhanallah! Itulah ungkapan yang terungkap apabila melihat satu
kejadian di mana terdapat jenazah yang sudah bertahun dalam kubur, dilihat
masih dalam keadaan utuh setelah digali se#mula. Kami difahamkan ada tiga
jenazah yang masih utuh ditemui. Penggalian beberapa buah kubur ini disebabkan
kawasan tersebut terlibat dengan kerja pembinaan Expressway Segamat-Tangkakbaru-baru
ini. Jelaslah bahawa sesiapa sahaja yang beramal dengan mengikut segala perintah
Allah SWT, maka Allah akan memberikan segala keba#ikan dan
rahmat pada dirinya serta menjanjikan syurga buatnya.
SUBHANALLAH.
Baru-baru ini sebuah tanah perkuburan di Kam#pung Batu Badak Jalan Muar,
Segamat terpaksa dialihkan bagi membolehkan pembinaan Lebuh Raya
Segamat-Tangkak.
Salah
sebuah kubur yang terpaksa dipindahkan dihuni seorang wan#ita yang banyak
berjasa semasa hidupnya termasuklah memberi pendidikan agama secara percuma
kepada kanak-kanak di kampung.
Walaupun
telah dikebumikan lebih lapan tahun yang lalu, ternyata jena#zah makcik ini
masih berada dalam keadaan baik.
Kuku pada jari jenazah dan rambutnya juga dikatakan terus tumbuh
panjang seperti orang hidup. Rambut dan kukunya juga tumbuh panjang.
Kain
kafan yang digunakan untuk membalut jena#zah juga berada dalam keadaan baik dan
cuma kelihatan sedikit kekuningan.
Bertambah
misteri, kawasan kubur juga dipenuhi dengan b#au daun pandan walaupun
tumbuh-tumbuhan itu tidak ditanam atau kelihatan di kawasan berhampiran.
Selain
jenazah makcik itu, dua jenazah lagi juga ditemui dalam ke#adaan yang sama.
Seorang
pegawai dari Jabatan Agama Islam Johor memberitahu kebanyakan jenazah akan
reput dalam tempoh dua hingga empat tahun dan keadaan jenazah yang tidak reput
selep#as lapan tahun adalah jarang ditemui.
SEMENTARA
itu, Abdullah Abdul Karim, 74, yang juga menan#tu kepada arwah Maheran Jaaffar,
74, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 2006 berkata, ketika proses
menggali dan mengeluarkan mayat arwah ibu mentua dijalankan semalam, secara
tiba-tiba seluruh kawasan tanah perkuburan ini berbau harum.
Saya sendiri lihat kain kapan ibu mentua masih dalam keadaan
sempurna dan tidak reput. Ia hanya dikotori tanah saja, katanya pada Harian Metro.
Ketika
dikeluarkan dari liang lahad , may#at arwah Maheran masih dalam keadaan
sempurna. Mayatnya antara 16 mayat yang dikebumikan di tanah perkuburan
berkenaan yang masih dalam keadaan sempurna.
Keseluruhannya,
350 kubur terbabit dalam pemi#ndahan berkenaan dan mayat akan disemadikan
semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alai yang terletak tidak jauh dari
lokasi berkenaan.
Menceritakan
amalan arwah Maheran sepanjang hayatnya, Ab#dullah berkata, ibu
mentuanya sentiasa mengamalkan bacaan zikir selepas bangun daripada tidur.
Dia tidak
pernah mengambil sarapan sebelum berzikir. Arwah ju#ga sangat patuh kepada
suami selain tidak pernah putus ke masjid. Sepanjang hayatnya, arwah ibu mentua
tidak pernah meninggalkan suruhan agama malah turut mengajar mengaji kepada
anak jiran, katanya ketika ditemui.
Selain
itu, menurut Abdullah, arwah ibu mentuanya juga seora#ng yang pemurah dan
sering bersedekah. Arwah seorang yang agak pendiam namun tidak pernah
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu serta isteri.
“Saya
bekerja sebagai penjaga kubur di tanah perku#buran ini sejak 20 tahun lalu. Pengalaman
melihat keadaan jenazah arwah ibu mentua yang masih sempurna menunjukkan
kebesaran Allah SWT dan Dia memang tidak pernah memungkiri janji-Nya,
katanya.
Menurut
Abdullah, dia bersyukur dengan apa yang ditunj#ukkan oleh Allah SWT kerana ia
boleh dijadikan tauladan kepada dirinya serta masyarakat.
Syukur
segala proses menggali serta mengebumikan semu#la mayat arwah ibu mentua
berjalan lancar, katanya.
Abdullah
berkata, selain
kubur ibu mentuanya, be#berapa kubur saudaranya turut dipindahkan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Kredit HARIAN METRO.
Sumber
0 comments:
Post a Comment